• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Lelaki Sabah Dipenjara Sehari Dan Didenda RM14,500

Oleh
Farisha
14 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Akibat langgar sekatan jalan raya, lelaki didenda RM14,500

Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Lelaki Sabah Dipenjara Sehari Dan Didenda RM14,500. Seorang lelaki yang cuba melanggar sekatan jalan raya semasa memandu dalam keadaan mabuk telah dipenjarakan selama sehari dan didenda RM14,500 selepas mengaku bersalah atas kesalahan tersebut di mahkamah.

Menurut laporan media tempatan, lesen memandunya juga digantung selama dua tahun berikutan kejadian itu, menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Penolong Pesuruhjaya Polis Kasim Muda.

Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Lelaki Sabah Dipenjara Sehari Dan Didenda RM14,500
Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Lelaki Sabah Dipenjara Sehari Dan Didenda RM14,500

Beliau menyatakan bahawa lelaki berusia 55 tahun itu ditangkap selepas cuba melanggar sekatan jalan raya yang diadakan berhampiran sebuah pasar raya di sepanjang jalan Tuaran-Inanam, berdekatan kawasan tersebut pada kira-kira pukul 1.05 pagi pada 2 September.

“Pemandu tersebut telah melanggar kon yang dipasang untuk sekatan jalan raya dan cuba melarikan diri, tetapi anggota polis berjaya menangkapnya hanya 500 meter selepas bermulanya pengejaran,” katanya.

PPS Kasim menjelaskan bahawa pemandu itu dibawa balik ke balai polis untuk siasatan, di mana dia gagal ujian pernafasan alkohol.

Dia dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk menghadapi tuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, di mana dia mengaku bersalah pada 10 Oktober.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari, denda sebanyak RM14,500 dan menarik balik lesennya selama dua tahun. Dalam pada itu, pihak polis turut berpesan kepada orang ramai untuk berhati-hati di jalan raya dan jangan memandu dalam keadaan mabuk

Baca juga artikel yang berkaitan:

Rosakkan Kereta Orang Di MJC Batu Kawa, Lelaki Mabuk Didenda RM3.5K
Lelaki Mabuk Cuba Rampas Submesingan Di Balai Polis Ditahan
SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Kes Kecurian Berantai Toyota Fortuner Dilaporkan Di Sarawak
Next Article TERKINI: Keadaan Banjir Teruk Beberapa Tempat Di Kuching Dan Serian TERKINI: Keadaan Banjir Teruk Beberapa Tempat Di Kuching Dan Serian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?