• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Malaysia Catat Pertambahan 172 Kes Positif Baharu COVID-19, 19 Kematian Setakat Ini

Oleh
Ismail NA
25 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
TERKINI : Malaysia Catat 140 Kes Positif COVID-19, 58 Kes Sembuh, 6 Kematian Hari Ini

Jumlah Keseluruhan Kes Setakat Ini Ialah Sebanyak 1,796 Kes

TERKINI : Malaysia Catat Pertambahan 172 Kes Positif Baharu COVID-19, 19 Kematian Setakat Ini. Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan perkembangan terkini kes COVID-19 di Malaysia dengan pertambahan angka sebanyak 172 kes positif baharu hari ini. Trend pertambahan yang membimbangkan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,796 kes setakat hari ini (25 Mac 2020). Daripada jumlah kes baru yang dikesan hari ini, 71 kes berasal dari kluster Sri Petaling.

TERKINI: 172 kes baru dilaporkan menjadikan 1,796 kes seluruhan termasuk 199 yang telah sembuh.

45 pesakit dirawat di ICU termasuk 34 menggunakan alat bantuan pernafasan.

Drpd 172 kes baru, 71 dari kluster perhimpunan di Sri Petaling selebihnya kluster lain yang dlm siasatan.

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 25, 2020

19 Kematian, 45 Kes Dirawat Di ICU

Dalam perkembangan yang sama, jumlah kematian turut meningkat kepada 19 kematian daripada 17 kematian yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Kes kematian ke-18 adalah pesakit ke- 1,625 iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 56 tahun dan menghidapi penyakit kronik. Beliau dirawat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020 jam 2 pagi.

Kes kematian ke-19 pula ialah kes ke-1,246, seorang wanita tempatan berusia 68 tahun. Beliau dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail pada 19 Mac 2020 dan neninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 12.53 pagi.

Manakala sejumlah 45 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 35 orang memerlukan bantuan pernafasan.

73 Petugas Kesihatan KKM Disahkan Positif

Lebih membimbangkan, 73 petugas kesihatan kini disahkan positif COVID-19. Punca jangkitan didapati bukan daripada pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan pesakit KKM. Daripada jumlah tersebut, 43 kes berkaitan rapat dengan sebuah majlis perkahwinan yang turut dihadiri oleh salah seorang peserta perhimpunan Sri Petaling. Manakala kes yang selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan kontak rapat pesakit.

Kakitangan hospital yang terlibat adalah seperti berikut ;

  • Hospital Teluk Intan, Perak (37 orang)
  • Hopital Putrajaya
  • Hospital Selayang
  • Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

73 anggota kesihatan KKM positif #COVIDー19, punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM.

47 kes berkaitan majlis perkahwinan yang turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh.

Lain-lain – sejarah ke luar negara dan kontak rapat pesakit.

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 25, 2020

Kakitangan hospital yang dijangkiti #COVID19 melibatkan:

Hospital Teluk Intan, Perak, seramai 37 orang.

Selebihnya di Hospital Putrajaya, Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Selayang.

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 25, 2020

Walau bagaimanapun, 16 pesakit COVID-19 telah sembuh dan discaj daripada hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes telah sembuh seramai 199 kes setakat hari ini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article COVID19: Penduduk Demak Laut Mengadu Tiada Kekerapan Air Gangguan Bekalan Air Hantui Sesetengah Penduduk Demak Laut
Next Article 125 Lagi Kes Baru COVID19 Dilaporkan Di Malaysia, Kekal Tertinggi Di Asia Tenggara COVID19 : Sarawak Catat 4 KES POSITIF COVID19, Kes Keseluruhan Kini 91 KES

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?