• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: PKPB Di Sarawak Akan Dilanjutkan Sehingga 15 Mac 2021

Oleh
Husna Hazmi
26 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Hari ini JPBNS telah memutuskan untuk melanjutkan PKPB di Sarawak.

TERKINI: PKPB Di Sarawak Akan Dilanjutkan Sehingga 15 Mac 2021. Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak yang semakin meningkat, JPBN telah memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak, berkuatkuasa 01 Mac 2021 jam 12.01 pagi hingga 15 Mac 2021 jam 11.59 malam (14 hari).

Semantara itu, hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19.

Manakala 250 kes baharu COVID-19 dikesan dan dilaporkan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sibu (104), Kuching (43), Kapit (39), Meradong (13), Bintulu (10), Betong (9), Miri (8), Samarahan (4), Sebauh (3), Subis (3), Julau (2), Dalat (2), Beluru (2), Selangau (2), Bau (2), Asajaya (1), Serian (1), Saratok (1), dan Song (1).

Daerah Asajaya telah bertukar status ke status Kuning

Hari ini, Daerah Asajaya telah bertukar status ke status Kuning setelah satu kes jangkitan tempatan baharu dikesan di daerah ini.Daerah Bau telah bertukar status ke status Jingga setelah merekodkan sebanyak 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Meradong, Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,514 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sembilan (9) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kanowit, Betong, Song, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 172 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.Daerah Beluru, Sarikei, Lundu, Selangau, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian dan Belaga kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 71 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala 13 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Johari Antara Individu Terawal Di Sarawak Terima Vaksin Pfizer-BioNTech
Next Article Hanya MyKad Sahaja Diperlukan Ketika Membuat Vaksinasi Hanya MyKad Sahaja Diperlukan Ketika Membuat Vaksinasi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?