• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Hanya MyKad Sahaja Diperlukan Ketika Membuat Vaksinasi

Oleh
ILB - AI
1 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Hanya MyKad Sahaja Diperlukan Ketika Membuat Vaksinasi

Warga Sarawak yang layak menerima vaksin Covid-19 Fasa 2 program vaksinasi negeri tidak perlu membawa dokumen perubatan tambahan

Hanya MyKad Sahaja Diperlukan Ketika Membuat Vaksinasi. Dilaporkan warga Sarawak yang mempunyai sejarah komorbiditi (menghidap dua atau lebih penyakit serentak) dan layak menerima vaksin Covid-19 mereka semasa Fasa 2 program vaksinasi negeri ini tidak perlu membawa dokumen perubatan tambahan apabila mereka dipanggil untuk vaksinasi.

Isi Isi Penting
  • Warga Sarawak yang layak menerima vaksin Covid-19 Fasa 2 program vaksinasi negeri tidak perlu membawa dokumen perubatan tambahan
  • Hanya perlu membawa MyKad sahaja
  • Penerima boleh pilih masa dan tempat yang sesuai untuk menerima vaksin
  • Pesakit yang sudah pulih dari Covid-19 juga layak untuk menerima vaksin

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing menjelaskan bahawa proses pengesahan ketika mendaftar untuk program vaksinasi adalah menerusi aplikasi MySejahtera atau secara manual.

Hanya MyKad Sahaja Diperlukan Ketika Membuat Vaksinasi

Hanya perlu membawa MyKad sahaja

Menurut laporan, proses pengesahan telah dilakukan semasa medaftar melalui aplikasi MySejahtera atau ketika membuat appointment secara manual di mana-mana klinik kerajaan atau pejabat daerah.

Anda bolehd daftar melalui aplikasi MySejahtera. Kredit: Sinar Harian

Mereka yang mendaftar diri melalui aplikasi MySejahtera perlu menjawab beberapa pertanyaan kelayakan dalam aplikasi jadi mereka tidak perlu membawa dokumen tambahan (sokongan) kelak.

Oleh itu, mereka yang telah mendaftar menerusi proses terbabit hanya perlu membawa MyKad sahaja semasa pergi menerima vaksin.

Sementara itu, kakitangan kesihatan akan melakukan saringan kesihatan pada semua penerima semasa vaksin.

Penerima boleh pilih masa dan tempat yang sesuai untuk menerima vaksin

Ketika dihubungi, penerima akan ditanya bila tarikh yang sesuai untuk mereka menerima vaksin serta pusat vaksinasi pilihan mereka jika diperlukan.

Sementara itu, Dr Chin mengatakan bahawa mereka yang mempunyai komorbiditi yang merasa mereka layak menerima vaksin Covid-19 tetapi belum mendaftar, mereka harus melakukannya melalui aplikasi MySejahtera atau pergi ke kemudahan kesihatan kerajaan atau pejabat daerah terdekat.

Menurut beliau, beberapa klinik akan menerima kesediaan penerima untuk vaksinasi, dan nasihat lebih lanjut akan diberikan kepada mereka menerusi aplikasi MySejahtera.

Jika orang terbabit tidak mempunyai aplikasi tersebut, nama mereka akan disenaraikan secara manual.

Kredit: Sinar Harian

Pesakit yang sudah pulih dari Covid-19 juga layak untuk menerima vaksin

Mereka yang telah pulih dari Covid-19 juga layak menerima vaksin kerana ia masih belum diketahui berapa lama seseorang dilindungi daripada mendapatkan Covid-19 lagi setelah pulih daripada virus terbabit.

Dijangka 11,700 penerima dijangkan untuk menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech dalam tempoh 5 hari dari permulaan program pada 26 Februari.

Dos kedua (selepas 21 hari) disasarkan untuk diselesaikan dalam masa lima hari.

Pada 26 Februari lalu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg menjadi individu pertama di Sarawak menerima suntikan vaksin Covid-19.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: PKPB Di Sarawak Akan Dilanjutkan Sehingga 15 Mac 2021
Next Article TERKINI: 220 Kes Positif COVID-19 Baharu Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?