• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI: Sarawak Belanja 1.04 Billion Untuk BKSS 6.0

Oleh
Nazihah AN
28 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sidang media pada hari ini.

TERKINI: Sarawak Belanja 1.04 Billion Untuk BKSS 6.0. Kerajaan Sarawak bakal memberi bantuan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) ini bagi membantu rakyat Sarawak. Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Pakej BKSS 6.0 yang merangkumi 15 langkah yang telah diputuskan oleh Kerajaan Sarawak bagi meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan rakyat akibat langkah MCO, dan CMCO atau PKP dan PKPB.

Isi Isi Penting
  • Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sidang media pada hari ini.
  • Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 merangkumi 15 langkah.
  • Langkah pemberian diskaun
  • Lagi di sini:

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 merangkumi 15 langkah.

Insentif untuk ketua isi rumah B40 Sarawak akan menerima pembayaran tunai sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh 6 bulan mulai 31 Julai 2021. Manakala, individu bujang B40 berumur 21 tahun ke atas akan menerima pembayaran tunai berjumlah RM500 secara one-off atau sekali sahaja mulai 30 Ogos 2021.

Kerajaan Sarawak akan membelanjakan lebih daripada RM 27 juta untuk membayar Elaun Bulanan Khas yang juga bakal diberikan kepada petugas barisan hadapan untuk enam bulan iaitu RM300 kepada anggota kesihatan, dan RM200 kepada pegawai dan kakitangan Imigresen, kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri, Angkatan Tentera Malaysia, anggota-anggota RELA, anggota Kastam DiRaja Malaysia, kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan, anggota BOMBA dan Penyelamat dan anggota Angkatan Pertahanan Awam.

Kerajaan Sarawak menyediakan pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara one-off atau sekali kepada pengamal media barisan hadapan dan juga kepada para penjaja dan peniaga kecil akan dibayar secara 2 peringkat iaitu RM750 melalui Sarawak Pay.

TERKINI: Sarawak Belanja 1.04 Billion Untuk BKSS 6.0
TERKINI: Sarawak Belanja 1.04 Billion Untuk BKSS 6.0

Bagi pengendali van penumpang, pemandu teksi, pengendali bas dan van sekolah akan diberi bantuan kewangan secara one-off iaitu sekali sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak.

Bantuan kewangan sebanyak RM500 secara one-off atau sekali kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan (ehailing) dan pengajar sekolah memandu. Pembayaran akan dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.

Langkah pemberian diskaun

Bil elektrik pula akan diberikan diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021. Manakala bil air, akan diberikan diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021.

TERKINI: Sarawak Belanja 1.04 Billion Untuk BKSS 6.0
Seluruh Sarawak dikenakan PKP

Tempoh berkuatkuasa bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Sarawak bermula dari 29 Mei 2021 hingga 11 Jun 2021, merangkumi zon Kuching (Kuching, Samarahan), Lundu, Bau Serian, Sri Aman, Sarikei, Betong, Mukah, Bintulu, Miri, Beluru, Subis Telang Usan, Marudi, Limbang, Sibu, Kanowit, Selangau, Kapit, Song, Belanga dan Bukit Mabong.

Antara aktiviti yang dibenarkan dalam garis panduan SOP yang telah dikemaskini

TERKINI: Sarawak Belanja 1.04 Billion Untuk BKSS 6.0
TERKINI: Sarawak Belanja 1.04 Billion Untuk BKSS 6.0

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki 56 Tahun Cabul Dan Rogol Wanita OKU Di Sabah, Suspek Kini Ditahan
Next Article TERKINI : Perdana Menteri Umum PKP Total Lockdown Bermula Selasa Depan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?