• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki 56 Tahun Cabul Dan Rogol Wanita OKU Di Sabah, Suspek Kini Ditahan

Oleh
Husna Hazmi
28 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek dipercayai melakukan perbuatan keji itu setelah mangsa mengadu kepada ibunya.

Lelaki 56 Tahun Cabul Dan Rogol Wanita OKU Di Sabah, Suspek Kini Ditahan. Dilaporkan bahawa, polis telah menahan seorang lelaki di Kampung Banting Meraba, Beaufort Sabah semalam, selepas disyaki merogol seorang wanita yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Lelaki 56 Tahun Cabul Dan Rogol Wanita OKU Di Sabah, Suspek Kini Ditahan

Mangsa yang hanya berusia 24 tahun mendedahkan kejadian itu kepada ibunya

Suspek berusia yang sudah berusia 56 tahun itu ditahan selepas mangsa yang hanya berusia 24 tahun mendedahkan kejadian itu kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, hasil siasatan awal, mangsa memberitahu kejadian berlaku sekurang-kurangnya lima kali sebelum ini dan terbaru didakwa pada 17 Mei lalu.

Beliau berkata bahawa, suspek turut didakwa memberi amaran dan akan memarahi mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa.

“Menurut keterangan, mangsa memberitahu suspek juga pernah mencabulnya beberapa kali sebelum ini.

“Mangsa akan dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk membantu siasatan lanjut,” tambah Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob.

Lelaki 56 Tahun Cabul Dan Rogol Wanita OKU Di Sabah, Suspek Kini Ditahan

Mangsa adalah seorang OKU yang mengalami masalah pertuturan

Beliau turut menjelaskan bahawa, mangsa adalah seorang OKU yang mengalami masalah pertuturan dan sukar menerangkan kejadian yang berlaku terhadapnya.

Beliau berkata, suspek berjaya ditahan Rabu lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape’ Terbaharu Alena Murang Ini
Next Article TERKINI: Sarawak Belanja 1.04 Billion Untuk BKSS 6.0

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?