• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Sarawak Catat 1 Kematian Terbaru Akibat COVID-19

Oleh
ILB - AI
26 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

TERKINI : Sarawak Catat 1 Kematian Terbaru Akibat COVID-19. Sarawak hari ini mencatatkan 1 kematian terbaru akibat COVID-19 menurut statistik yang dimuatnaik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Kes kematian ke-124 (kes ke-8743) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan
hypercholesterolemia.

Beliau mempunyai gejala demam dan batuk pada 3 Julai 2020 serta mendapat rawatan pada 9 Julai 2020. Beliau dirujuk ke Hospital Umum Kuching pada hari yang sama untuk rawatan lanjut. Ujian COVID-19 didapati positif.

TERKINI : Sarawak Catat 1 Kematian Terbaru Akibat COVID-19

Keadaan beliau didapati merosot dan kemudiannya semakin
tenat. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Julai 2020 jam 12.04 pagi.

Malaysia juga secara keseluruhannya mencatatkan 13 kes terbaru dengan 10 kes yang dicatatkan merupakan kes penularan tempatan. 6 kes sembuh juga telah dicatatkan menjadikan kes kesembuhan keseluruhan kini sebanyak 8600 orang.

Difahamkan juga, Sarawak hanya mencatatkan 1 kes positif hari ini menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, Menteri Kanan Kluster Keselamatan Dan Pertahanan Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri tengah hari tadi turut memaklumkan sekiranya kes baru mencecah 3 angka, kerajaan akan melaksanakan semula perintah keselamatan pergerakan.

Kerajaan akan laksana semula PKP jika kes #COVID19 meningkat kembali kepada tiga angka – @IsmailSabri60@DrAdhamBaba @DrNoorAzmi @DGHisham

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) July 26, 2020

Kluster Sentosa di Kuching, Sarawak juga mencatatkan 1 kes positif terbaru hari ini menjadikan jumlah positif dari kluster tersebut sebanyak 21 orang. 679 orang telah disaring dari kluster tersebut dan 1 kes pula telah sembuh.

Perkembangan Kluster Sentosa adalah seperti gambar rajah di bawah, kes terbaru merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun :

Baca juga artikel yang lain :


Baca juga artikel mengenai Sarawak Rangers :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bangga Tak Pakai Mask, Lelaki Gelar Rakyat Haiwan Ternakan Sebab Patuh SOP Bangga Tak Pakai Mask, Lelaki Gelar Rakyat Haiwan Ternakan Sebab Patuh SOP
Next Article TERKINI : Rakyat Malaysia Yang Memasuki Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari TERKINI : Rakyat Malaysia Yang Memasuki Sarawak Akan Dikuarantin Terlebih Dahulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?