• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Oleh
ILB - AI
18 Januari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
TERKINI : Malaysia Catat 212 Kes Positif COVID19 Dan 4 Kematian Hari Ini

2 kematian tersebut dicatatkan di Miri dan Sibu

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu. Sarawak merekodkan dua (2) kes kematian akibat COVID-19 iaitu
di Miri (1) dan Sibu (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan ke kematian akibat COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 21 kes.

Kes kematian ke-20 adalah kes Ke-2,065 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 42 tahun yang dimasukkan ke Hospital Miri pada 13 Januari 2021 kerana tidak sedarkan diri dan kes disahkan meninggal dunia pada 14 Januari 2021. Saringan swab kes ini yang diambil pada 14 Januari telah didapati positif COVID-19 pada 16 Januari 2021. Kes juga mempunyai co-morbid penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan mengalami jangkitan Hepatitis C.

Kes kematian ke-21 ini merupakan kes ke-2,005 adalah seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 55 tahun yang telah disahkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021 dan
kes telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada hari yang sama. Kes ini yang berasal dari Daerah Kanowit, merupakan kontak kepada kes di dalam Kluster Pasai yang telah disaring pada 12 Januari 2021. Kes juga mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan jangkitan buah pinggang. Kes ini disahkan telah meninggal dunia pada jam 1:41 pagi hari ini.

Manakala terdapat 100 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (37), Beluru (27), Betong (7), Miri (7), Kuching (6), Bintulu (4),Selangau (4), Sri Aman (3), Lubok Antu (3), Sarikei (1) dan Kanowit (1)].Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 2,211 kes.

Hari ini, Daerah Beluru telah bertukar status dari status Kuning kepada status Merah setelah sejumlah 42 kes dikesan melibatkan kes jangkitan tempatan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas. Daerah Betong pula telah bertukar status dari Hijau kepada status Kuning setelah sejumlah tujuh (7) kes baharu dikesan melibatkan kes jangkitan tempatan dikesan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kuching, Sibu dan Miri kekal berstatus Merah dengan sejumlah 756 kes jangkitan tempatan dilaporkan di tiga (3) daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas. Daerah Sebauh juga kekal berstatus Jingga dengan 24 kes jangkitan tempatan. Daerah Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya Beluru, Dalat, Selangau, Sebauh, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Bintulu, Limbang dan Kanowit kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 60 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 19 daerah yang lain kekal berstatus Hijau.

Nasihat dari Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

Sejak 25 November hingga 07 Januari (43 hari) Sarawak telah berjaya mengekalkan daerah hijau dengan hanya beberapa sahaja daerah berstatus Kuning. Pada satu ketika, Sarawak pernah dijadikan sebagai negeri contoh dalam membendung penyebaran wabak COVID-19, tetapi hanya dalam masa sepuluh hari iaitu bermula 08 Januari hingga hari ini
peningkatan jumlah kes di Sarawak semakin meningkat. Dengan peningkatan kes positif yang tertinggi direkodkan dalam sehari iaitu 180 kes pada 14 Januari 2021. Disebabkan peningkatan jumlah kes tersebut empat daerah telah bertukar menjadi merah, satu daerah menjadi jingga, 16 daerah menjadi kuning dan hanya 19 daerah kekal hijau.

Oleh itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bahagian-bahagian lain untuk mengekang penularan COVID-19 di Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman. Orang ramai adalah dinasihatkan supaya akur kepada SOP PKP dan PKPB yang telah dikeluarkan dan terus kekal berwaspada serta menjaga kebersihan diri yang tinggi. Jangan lupa pakai pelitup muka dengan betul dan menjaga jarak masing-masing.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pakej Bantuan Khas Akan Diumumkan Pada 4 Petang Hari Ini Pakej Bantuan Khas Akan Diumumkan Pada 4 Petang Hari Ini
Next Article Pakej Bantuan Khas PERMAI Bernilai RM15 Bilion Diumumkan Oleh PM Pakej Bantuan Khas PERMAI Bernilai RM15 Bilion Diumumkan Oleh PM

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?