I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Pakej Bantuan Khas PERMAI Bernilai RM15 Bilion Diumumkan Oleh PM
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pakej Bantuan Khas PERMAI Bernilai RM15 Bilion Diumumkan Oleh PM

Oleh Kedung BK
Dikirim pada 18/01/21 6:07 PM
Kongsi
5 Min Bacaan
Pakej Bantuan Khas PERMAI Bernilai RM15 Bilion Diumumkan Oleh PM
Kongsi

Pakej Batuan Ekonomi dan Perlidungan Rakyat Malaysia (PERMAI)

Pakej Bantuan Khas PERMAI Bernilai RM15 Bilion Diumumkan Oleh PM. Terkini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan Ekonomi dan Perlindungan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang merangkumi 22 inisiatif untuk memerangi Covid-19.

Pakej bantuan khas ini dilaporkan bernilai RM15 bilion dan disandarkan pada tiga tujuan, iaitu memerangi Covid-19, menjaga kesejahteraan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Pakej Bantuan Khas PERMAI Bernilai RM15 Bilion Diumumkan Oleh PM

Menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan

Awal tahun lalu, kerajaan telah melaksanakan empat pakej rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion atau lebih dari 20% keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk membantu masyarakat dan perniagaan serta melindungi ekonomi negara.

Pakej rangsangan ekonomi ini melibatkan suntikan fiskal sebanyak RM55 bilion oleh kerajaan.

Pemberian one-off kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan

Mulai suku tahun pertama 2021, pemberian one-off sebanyark RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan dan RM300 kepada petugas barisan hadapan yang lain akan diberi.

Bayaran bulanan sedia ada yang diterima sebanyak RM600 oleh petugas barisan hadapan kesihatan dan RM200 oleh petugas barisan hadapan yang lain akan tetap diteruskan sehingga wabak Covid-19 berakhir.

Hospital swasta akan menerima dan merawat kedua-dua pesakit Covid-19 dan juga bukan Covid-19 untuk meringankan tekanan pada sistem kesihatan awam.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dipercepatkan

Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan mulai 21 Januari, di mana sejumlah 11.1 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM2.38 bilion.

Untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan akan menerima RM300, manakala kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan akan menerima RM150.

Program GLC Disaster Relief Network

Sejumlah RM25 juta telah diperuntukkan di bawah program GLIC atau GLC Disaster Relief Network sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan kerajaan bagi inisiatif sosial.

Ini termasuk pemberian komuniti termasuk masyarakat warga emas, geladangan, OKU dan mangsa banjir.

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.

Pelanjutan tempoh moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman

Moratorium, lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank.

Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank telah menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.

Kredit: Business Today

Moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dimohon selama 3 bulan bagi mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan bencana banjir baru-baru ini. Permohonan penangguhan boleh dibuat seingga 31 Mac 2021.

Tempoh capaian internet percuma dilanjutkan

Pelepasan cukai khas ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet RM2,500 ke atas akan dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021.

Sementara itu, pemberian data 1GB secara percuma telah diberi kepada orang ramai untuk melayarai laman web, termasuk untuk tujuan pendidikan sejak 1 Januari dan akan dilanjutkan sehingga hujung April 2021.

Pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan akan disediakan sehingga hujung April ini.

Kredit: Malay Mail

Program Subsidi Upah 3.0

Antara inisiatif yang ditingkatkan adalah Program Subsidi Upah 3.0 di mana semua majikan yang beroperasi di kawasan PKP layak untuk memohon, tanpa mengira sektornya.

Majikan yang layak akan menerima subsidi gaji berjumlah RM600 untuk tempoh sebulan bagi setiap pekerjanya yang berpendapatan kurang dari RM4,000.

Had 200 pekerja untuk setiap permohonan akan ditingkatkan menjadi 500 pekerja.

Inisiatif ini melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion yang dianggarkan memberi manfaat kepada 250 ribu majikan yang mengupah lebih daripada 2.6 juta pekerja.

Permohonan bagi program Sistem Insurans Pekerjaan atau SIP PRIHATIN telah dilonggarkan syarat bagi mereka yang tidak memenuhi caruman minimum, atau tidak dilanjutkan kontrak perkhidmatan setelah pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya 3 kali.

Sejumlah RM24 juta ringgit telah diperuntukkan bagi membiayai caruman penuh delivery riders di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.

Diskaun bil elektrik dilanjutkan

Diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% bagi tempoh Januari – Mac 2021 telah disetujukan kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara. Sektor-sektor ini adalah:

  • Pengendali hotel
  • taman tema
  • pusat konvensyen
  • pusat beli-belah
  • pejabat syarikat penerbangan tempatan
  • agensi pengembaraan dan pelancongan

Rebat elektrik juga diberikan kepada semua pengguna TNB, domestik dan bukan domestik pada kadar 2 sen setiap kilowatt per jam – bersamaan penuruan bil elektrik sehingga 9% bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari – 30 Jun 2021.

Lagi di sini:

Kedung BK 18 Januari 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Malaysia Catat 212 Kes Positif COVID19 Dan 4 Kematian Hari Ini TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu
Next Article Tunggakan Pinjaman PTPTN Pelajar Sarawak Akan Dibayar Kerajaan Negeri Tunggakan Pinjaman PTPTN Pelajar Sarawak Akan Dibayar Kerajaan Negeri

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Berita Malaysia

Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu

26 Jun 2022
Subsidi Minyak Masak Tulen Dimansuhkan, Mulai Berkuatkuasa Pada 1 Julai Ini
Berita Malaysia

Mulai Berkuatkuasa Pada 1 Julai Ini, Subsidi Minyak Masak Tulen Dimansuhkan

22 Jun 2022
Berita Malaysia

Tergamak Beri Dadah Meth Oleh Bapa Saudara, Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Kini Kritikal

21 Jun 2022
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'
Berita Malaysia

Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa ‘Ibnu Ahmad Ar-Rayyan’

20 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?