• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Sarawak Catat 8 Lagi Kes Penularan Tempatan, Kesemua Dari Kluster Sentosa

Oleh
ILB - AI
24 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

#artikel telah dikemaskini

TERKINI : Sarawak Catat 8 Lagi Kes Penularan Tempatan, Kesemua Dari Kluster Sentosa. Sarawak hari ini mencatatkan 8 kes penularan tempatan yang dikesan melalui kes dari kluster Sentosa, menurut kemaskini terkini yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terkini: Ada 21 kes baharu #COVID19 hari ini termasuk 16 kes jangkitan tempatan. Tiga lagi kluster baharu. 😷

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) July 24, 2020

Difahamkan juga terdapat 1 kes import warganegara dari Australia dicatatkan di Sarawak hari ini.

JOHOR – (2)
2 kes Kluster Warga Emas Kluang
– 1 kes WN kontak rapat kes 8770.
– 1 kes BWN (pekerja Pusat Jagaan) kontak rapat kes 8770.

SARAWAK – (9)
8 kes Kluster Sentosa
– 8 kes WN kontak rapat kes 8773.
1 kes import WN pulang dari Australia.

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) July 24, 2020

Menurut kemaskini dari Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak pula, secara keseluruhannya terdapat 9 kes yang dicatatkan di Sarawak hari ini, 6 kes dicatatkan di Kuching dan 3 kes lagi dicatatkan di Kota Samarahan.

Kes import tersebut merupakan seorang warganegara yang balik dari Perth, Australia dan dikesan positif selepas menjalani ujian semasa kuarantin wajib diadakan.

Kes penularan tempatan pula adalah kes kontak rapat dari kluster sentosa yang melibatkan seramai 5 orang lelaki dan 3 orang wanita. Kesemua mereka tidak menunjukkan sebarang simptom.

Setakat hari ini juga seramai 634 orang telah disaring untuk diambil swab dari kluster sentosa dan seramai 16 orang disahkan positif. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Bagi kontak yang melibatkan petugas kesihatan, mereka akan diulang saringan pada hari Ke-3 dan hari Ke-13 sebelum diberi Perintah Pelepasan (Release order) dan kembali bertugas. Untuk kontak bukan Petugas Kesihatan, mereka akan diulang saringan pada hari Ke-13 sebelum diberi Perintah Pelepasan (Release order) jika keputusan adalah negatif.

Setakat hari ini juga terdapat 8 kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu :

a)Kluster Syarikat Kejuruteraaan: kekal tiga (3) kes
b)Kluster Mambong: kekal lima (5) kes
c) Kluster Pusat Perubatan: kekal tiga (3) kes
d)Kluster Jupiter: kekal tiga (3) kes
e)Kluster Pasar Stutong: kekal tujuh (7) kes
f) Kluster Jeti Kuching: kekal dua (2) kes
g)Kluster Sentosa: penambahan lapan (8) kes menjadikan jumlah 16
kes
h)Kluster PUI Melbourne: kekal dua (2) kes

Dimaklumkan juga tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj dari
Hospital hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19
yang telah sembuh dan discaj kekal sebanyak 556 orang atau 86.74%.

Seramai 67 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital dan
jumlah kematian kekal 18 orang atau 2.81%. Hari ini sebanyak 18 PUI baru dilaporkan dan 5 kes masih menunggu ujian
makmal.

Baca juga artikel lain hari ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MAS Tawar Harga Tambang Istimewa Untuk Pelajar Baharu Matrikulasi Sesi 2020/2021
Next Article Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Syarikat Terkenal Dari Jepun Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Syarikat Terkenal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?