• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MAS Tawar Harga Tambang Istimewa Untuk Pelajar Baharu Matrikulasi Sesi 2020/2021

Oleh
Ismail NA
24 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Khas untuk adik-adik yang bakal masuk ke Matrikulasi!

MAS Tawar Harga Tambang Istimewa Untuk Pelajar Baharu Matrikulasi Sesi 2020/2021. Adakah anda merupakan salah seorang bakal pelajar Matrikulasi sesi 2020/2021? Atau anda mempunyai adik atau sanak saudara yang bakal memasuki program tersebut? Ini ada berita baik buat anda!

Isi Isi Penting
  • Khas untuk adik-adik yang bakal masuk ke Matrikulasi!
  • Harga istimewa untuk 9 destinasi penerbangan
  • Harga tiket penerbangan dijangka pulih menjelang November
  • Baca perkembangan selanjutnya di sini :

Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines kini menawarkan harga tambang istimewa untuk pelajar Matrikulasi sesi 2020/2021!

Harga istimewa untuk 9 destinasi penerbangan

Menerusi laman Facebook Program Matrikulasi KPM, pihak MAS bakal memberikan harga tambang istimewa untuk destinasi Kuala Lumpur, Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Sandakan, Kota Kinabalu, Labuan dan Tawau.

Wah hebatnya!! MAS kini ingin memberikan tambang tiket penerbangan TERBAIK buat adik2 Program Matrikulasi 2020/2021.Rebutlah peluang ini, apalagi yg ditunggu👍🤗

Posted by Program Matrikulasi KPM on Thursday, July 23, 2020

Harga tambang istimewa ini akan diberikan untuk penerbangan bertarikh 3, 5 dan 7 Ogos 2020.

MAS Tawar Harga Tambang Istimewa Untuk Pelajar Baharu Matrikulasi Sesi 2020/2021
MAS Tawar Harga Tambang Istimewa Untuk Pelajar Baharu Matrikulasi Sesi 2020/2021

Bagi para pelajar yang ingin mendapatkan harga tambang istimewa ini, anda perlu mengisi maklumat lengkap anda di pautan berikut : https://bit.ly/MASMatrikulasi

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai promosi ini, anda boleh berhubung terus dengan pegawai bahagian Matrikulasi, En. Hasyidan Hussin di talian 017-515 6061 atau menghubungi terus pegawai MAS; En Iqmal Hakimi (018-395 7157) atau En. Nik Sheqal Alif (012-247 5676).

Harga tiket penerbangan dijangka pulih menjelang November

Dalam perkembangan lain, Kementerian Pengangkutan Malaysia menjangka bahawa harga tambang penerbangan dijangka pulih pada bulan November. Perkara tersebut adalah berdasarkan analisis yang dibuat oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Peningkatan harga tambang penerbangan ini adalah berikutan pandemik yang masih melanda dunia pada ketika ini. Malah, industri penerbangan adalah salah satu industri yang paling terjejas teruk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Baca perkembangan selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berkat Usaha Bermalam Di Atas Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Akhirnya Dapat CGPA 3.5 Berkat Usaha Bermalam Di Atas Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Akhirnya Dapat CGPA 3.5
Next Article TERKINI : Sarawak Catat 8 Lagi Kes Penularan Tempatan, Kesemua Dari Kluster Sentosa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?