• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: Sarawak Isytiharkan 1 Kluster Baharu Hari Ini, Berpunca Dari Majlis Pengebumian Dan Tahlil

Oleh
Husna Hazmi
22 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kluster Rajang, Tanjung Manis, Mukah.

TERKINI: Sarawak Isytiharkan 1 Kluster Baharu Hari Ini, Berpunca Dari Majlis Pengebumian Dan Tahlil. Pada hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Rajang, Tanjung Manis, Mukah, Sarawak.

Kluster Rajang, Tanjung Manis merupakan satu kluster komuniti yang telah dikesan di Kampung Rajang, Tanjung Manis, Mukah.

Perebakan jangkitan COVID-19 melibatkan kluster ini berpunca daripada satu majlis pengkebumian dan kenduri tahlil yang diadakan di kampung tersebut pada 01 hingga 03 Mac 2021.

TERKINI: Sarawak Isytiharkan 1 Kluster Baharu Hari Ini, Berpunca Dari Majlis Pengebumian Dan Tahlil
TERKINI: Sarawak Isytiharkan 1 Kluster Baharu Hari Ini, Berpunca Dari Majlis Pengebumian Dan Tahlil

Kluster ini dikategorikan sebagai kluster komuniti

Kluster ini juga dikategorikan sebagai kluster komuniti yang melibatkan pergerakan rentas daerah yang melibatkan indeks kes dari Daerah Sarikei. Indeks kes iaitu kes ke-11,463, seorang perempuan warga tempatan (Sarawak), berumur 55 tahun yang telah dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 pada 04 Mac 2021 di Daerah Sarikei.

Hari ini sebanyak 34 kluster yang masih aktif. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8 kluster yang melaporkan terdapat penambahan kes. Manakala 26 kluster lagi tidak ada penambahan kes.

TERKINI: Sarawak Isytiharkan 1 Kluster Baharu Hari Ini, Berpunca Dari Majlis Pengebumian Dan Tahlil

Satu kluster tamat baharu iaitu Kluster Jun Heng, Bintulu

Di samping itu juga, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytihar satu (1) kluster tamat baharu iaitu Kluster Jun Heng, Bintulu setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari dari tarikh terakhir dikesan melibatkan kluster ini.

Sementara itu, hari ini terdapat 124 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sibu (38), Miri (20), Samarahan (16), Bintulu (14), Kuching (13), Tanjung Manis (7), Kapit (5), Julau (3), Selangau (3), Saratok (1), Sarikei (1), Sebauh (1), Serian (1) dan Telang Usan (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 14,374 kes.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Kacau Dan Ancam Penduduk Kampung, Buaya Seberat 300 Kilogram Berjaya Ditangkap
Next Article Cecah Harga Sebuah Banglo, Ini Adalah 5 Bunga Termahal Di Dunia Yang Anda Perlu Tahu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?