• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Kacau Dan Ancam Penduduk Kampung, Buaya Seberat 300 Kilogram Berjaya Ditangkap

Oleh
Husna Hazmi
22 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Buaya seberat 300 kilogram ini dipercayai bertanggungjawab terhadap beberapa kes serangan di Sungai Oya.

Buat Kacau Dan Ancam Penduduk Kampung, Buaya Seberat 300 Kilogram Berjaya Ditangkap. Buaya air masin sepanjang 4.5 meter dan seberat 300 kilogram yang dipercayai bertanggungjawab terhadap beberapa kes serangan di Sungai Oya ditangkap oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) malam tadi.

Menurut jurucakap SFC, buaya jantan yang kerap mendatangkan ancaman buat penduduk setempat khususnya nelayan di sungai terbabit terkena mata joran bersaiz besar yang dipasang oleh SFC pada jam 12.34 tengah malam.

Buat Kacau Dan Ancam Penduduk Kampung, Buaya Seberat 300 Kilogram Berjaya Ditangkap
Buat Kacau Dan Ancam Penduduk Kampung, Buaya Seberat 300 Kilogram Berjaya Ditangkap

Kakitangan SFC dengan bekerjasama dengan pihak polis

Kakitangan SFC dengan bekerjasama dengan pihak polis untuk memasang pancing berkenaan di lokasi yang terletak 800 meter dari Jeti Kampung Bakong.

“Usaha menangkap buaya air masin ini membuahkan hasil selepas 10 hari usaha memburu reptilia ganas itu dilakukan.

“Kami percaya buaya ini bertanggungjawab ke atas beberapa kes serangan buaya yang dilaporkan di Sungai Oya,” katanya.

Pada 6 Mac lalu, seorang lelaki berusia 53 tahun meninggal dunia dibaham buaya ketika menjala udang di Sungai Oya dan usaha memburu haiwan itu telah pun dimulakan pada 13 Mac lalu.

Buat Kacau Dan Ancam Penduduk Kampung, Buaya Seberat 300 Kilogram Berjaya Ditangkap

Buaya betina sepanjang 2.5 meter turut ditangkap di Sungai Oya

Sehari sebelumnya, seekor buaya betina sepanjang 2.5 meter turut ditangkap SFC di Sungai Oya pada jam 8.45 malam.

Buaya secara amnya tidak lagi disenaraikan sebagai haiwan liar yang dilindungi seperti yang termaktub dalam Ordinan Hidupan Liar Sarawak 1998 sejak 2016.

Ianya dibenar untuk diburu dan dikomersilkan oleh badan berlesen yang dilantik bagi mengurangkan lagi konflik antara manusia dan buaya berikutan populasi buaya yang semakin meningkat di sungai-sungai utama di negeri Sarawak ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda
Next Article TERKINI: Sarawak Isytiharkan 1 Kluster Baharu Hari Ini, Berpunca Dari Majlis Pengebumian Dan Tahlil

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?