• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI : Seluruh Sarawak Dikenakan PKP Berkuatkuasa Mulai 29 Mei 2021

Oleh
ILB - AI
27 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
TERKINI : Seluruh Sarawak Dikenakan PKP Berkuatkuasa Mulai 29 Mei 2021

Seluruh Sarawak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 29 Mei 2021

TERKINI : Seluruh Sarawak Dikenakan PKP Berkuatkuasa Mulai 29 Mei 2021. Terkini, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi sidang media terkini memaklumkan bahawa Sarawak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 29 Mei 2021.

Pada masa ini, Sarawak masih dibawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikuatkuasakan sejak 12 Mei 2021.

TERKINI : Seluruh Sarawak Dikenakan PKP Berkuatkuasa Mulai 29 Mei 2021

Akan berkuatkuasa hingga 11 Jun 2021

Menurut beliau, pelaksanaan PKP di Sarawak akan berlangsung dari 29 Mei 2021 hingga 11 Jun 2021.

Hari ini (27 Mei 2021), Sarawak mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu 772 kes Covid-19 di seluruh Sarawak, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini berjumlah 44,738 kes.

Kes kematian tertinggi juga dilaporkan hari ini dengan 9 kes dicatatkan. Menurut Datuk Amar Douglas Uggah Embas, jumlah kematian telah meningkat dari purata satu kematian sehari pada bulan Mac – jumlah 29 kematian – kepada purata 2 kematian sehari pada bulan April dengan 69 dicatatkan. Manakala, sebanyak 91 kes kematian dilaporkan dengan purata 3 kes kematian sehari untuk bulan Mei (setakat 27 Mei 2021).

Akibat peningkatan kes yang semakin mendadak, kapasiti katil ICU serta kemudahan yang kini dalam keadaan kritikal, dengan tambahan varian baru yang telah dikesan baru-baru ini, tindakan drastik telah diputuskan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengumumkan bahawa Sarawak akan dilaksanakan PKP mulai 29 Mei 2021. Kredit: Astro Awani

Kekal mematuhi SOP

JPBNS telah memutuskan untuk mengisytiharkan pelaksanaan PKP di seluruh Sarawak mulai 29 Mei hingga 11 Jun 2021 dan orang ramai terutamanya mereka yang akan menyambut perayaan Hari Gawai dinasihatkan untuk mematuhi SOP yang akan dikeluarkan sebentar lagi.

Rakyat juga dikehendaki untuk mendaftarkan diri untuk program vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera jika belum buat.

SOP terbaharu akan dikeluarkan sebentar lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Langgar SOP PKPB, Pemilik Gym Dan 12 Pelanggan Dikenakan Kompaun Langgar SOP PKPB, Pemilik Gym Dan 12 Pelanggan Dikenakan Kompaun
Next Article Katil ICU Sarawak Cecah Paras Kritikal, Rakyat Dilarang Ngabang Untuk Bendung Penularan Secara Drastik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?