• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Katil ICU Sarawak Cecah Paras Kritikal, Rakyat Dilarang Ngabang Untuk Bendung Penularan Secara Drastik

Oleh
Husna Hazmi
27 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Bagi yang menyambut Hari Gawai tahun ini, sambutlah perayaan dengan ahli keluarga yang tinggal serumah sahaja.

Katil ICU Sarawak Cecah Paras Kritikal, Rakyat Dilarang Ngabang Untuk Bendung Penularan Secara Drastik. Jumlah katil ICU di seluruh Sarawak kini sudah pun mencecah paras yang amat kritikal. Para doktor pula berhempas pulas bekerja setiap hari untuk membalikkan ventilator atau tempat tidur ICU supaya pesakit seterusnya yang memerlukan dapat menggunanya. Sarawak kini hanya mempunyai 53 katil ICU di 4 hospital besar di negeri ini.

Katil ICU Sarawak Cecah Paras Kritikal, Rakyat Dilarang Ngabang Untuk Bendung Penularan Secara Drastik
Katil ICU Sarawak Cecah Paras Kritikal, Rakyat Dilarang Ngabang Untuk Bendung Penularan Secara Drastik

Mereka yang akan menyambut Hari Gawai patuhi SOP yang dikeluarkan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) juga turut menasihati orang ramai, terutamanya mereka yang akan menyambut Hari Gawai agar mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.

Sambutlah Gawai dengan ahli keluarga yang tinggal serumah sahaja atau di “bilik” (Rumah Panjang) masing-masing atau mengunakan teknologi berhubung secara maya.

Jangan sesekali balik di rumah panjang atau kampung, duduk di rumah sahaja, jangan lakukan sebarang aktiviti ziarah atau ‘ngabang’, jangan berkumpul di suatu tempat atau ruai, usah menganjurkan aktiviti sabung ayam, dan sentiasa mematuhi garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan.

Semua ini adalah kerana kita menyayangi dan ingin melindungi keluarga, jiran dan rakan kita. “Budaya, Tradisi, Adat dan Identiti kita tidak akan hilang tanpa meraikan perayaan tahun ini.”

Pihak JPBN menyeru agar orang ramai memahami dan menyokong tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Sarawak.

Katil ICU Sarawak Cecah Paras Kritikal, Rakyat Dilarang Ngabang Untuk Bendung Penularan Secara Drastik

Lindungi diri dan juga orang yang tersayang

Pengorbanan yang dibuat sempena sambutan perayaan kali ini adalah untuk melindungi diri dan juga orang yang tersayang.

Bersimpatilah juga dengan semua petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan perubatan, yang terpaksa menanggung bebanan besar yang dibawa virus ini tanpa mengira cuti atau perayaan.

Dengan adanya kerjasama daripada semua rakyat, kita boleh membendung jangkitan ini dalam tempoh PKP ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Seluruh Sarawak Dikenakan PKP Berkuatkuasa Mulai 29 Mei 2021 TERKINI : Seluruh Sarawak Dikenakan PKP Berkuatkuasa Mulai 29 Mei 2021
Next Article Tiada Lagi Vaksin Sukarela Astra Zeneca, Akan Kembali Dalam Senarai Program Imunisasi Kebangsaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?