• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Tidak Perlu Isi EnterSarawak Untuk Memasuki Sarawak Lagi

Oleh
ILB - AI
16 Oktober 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Perkara tersebut dimaklumkan dalam siaran media Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

TERKINI : Tidak Perlu Isi EnterSarawak Untuk Memasuki Sarawak Lagi. Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini mengeluarkan arahan terbaru untuk individu yang ingin memasuki Sarawak dari negeri negeri lain dengan memansuhkan penggunaan sistem EnterSarawak untuk INDIVIDU YANG TELAH LENGKAP VAKSINASI.

TERKINI : Tidak Perlu Isi EnterSarawak Untuk Memasuki Sarawak Lagi

Berikut adalah keputusan terbaru yang telah dibuat :

Kemasukan ke Sarawak dari Negeri lain (dalam Malaysia) :

Individu yang lengkap vaksinasi COVID-19 dan ingin memasuki Sarawak:
✓ Tidak perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak
✓ Perlu mengisi e-Health Declaration Form (eHDF)
✓ Tidak diwajibkan menjalani saringan COVID-19 sebelum memasuki Sarawak.
✓ Wajib memiliki bukti status ‘Lengkap Vaksinasi’
✓ Wajib memiliki status ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja dalam aplikasi MySejahtera
✓ Pemeriksaan MySejahtera akan dibuat sebelum individu dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang atau di ICQS

Individu yang tiada / tidak lengkap divaksin dan ingin memasuki Sarawak:
✓ Wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak
✓ Perlu mengisi borang e-Health Declaration Form (eHDF)
✓ Wajib membuat saringan ujian rt-PCR atau RTK Antigen (swab) dalam tempoh 3
hari sebelum memasuki Sarawak (keputusan ujian self-test kit tidak diterima)
✓ Wajib memiliki status ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja
dalam aplikasi MySejahtera
✓ Pemeriksaan MySejahtera dan EnterSarawak akan dibuat sebelum individu dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang atau di ICQS
✓ Menjalani kuarantin di rumah/stesen kuarantin selama 10 hari (Tertakluk kepada penilaian risiko oleh Pegawai Kesihatan)

Nota: Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu membuat saringan COVID-19 sekiranya memasuki Sarawak bersama ibubapa atau penjaga yang tiada/ tidak lengkap vaksinasi.

Kemasukan ke Sarawak dari Luar Negara
Pengembara dari luar negara yang memasuki Sarawak:
✓ Wajib membuat permohonan dalam EnterSarawak
✓ Perlu mengisi e-Health Declaration Form (eHDF)
✓ Membuat saringan ujian rt-PCR dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Malaysia
✓ Hanya pengembara dari luar negara yang memiliki status ‘lengkap vaksinasi’ dibenarkan untuk ‘transit’ ke Sarawak dalam tempoh 24 jam
✓ Tempoh kuarantin adalah 7 hari (dari tarikh kemasukan ke Malaysia) bagi pengembara yang lengkap divaksin.
✓ Tempoh kuarantin adalah 10 hari (dari tarikh kemasukan ke Malaysia) bagi pengembara yang tiada atau tidak lengkap divaksin.
✓ Tempat kuarantin adalah di stesen kuarantin yang ditetapkan
✓ Pengembara dari luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang. Kegagalan berbuat demikian boleh diambil tindakan
undang-undang.

Keputusan ini berkuatkuasa mulai 18 Oktober 2021

Tambah JPBN Sarawak lagi, keputusan ini dibuat oleh JPBN Sarawak selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak bagi mempermudahkan urusan kemasukan ke Sarawak. Namun, seperti yang telah dihuraikan oleh JPBNS dalam kenyataan media pada 13 Oktober 2021, tujuan polisi saringan sebelum kemasukan ke Sarawak selama ini adalah untuk mengurangkan risiko penularan dalam pesawat. Pada masa yang sama, kita tidak mahu menambahkan risiko penularan di komuniti kerana ini akan membebankan fasiliti kesihatan Sarawak.

Dengan pemansuhan saringan bagi mereka yang lengkap vaksinasi sebelum kemasukan ke Sarawak, JPBNS berharap semua individu memainkan peranan dalam melindungi diri dan
keluarga masing-masing. JPBNS sedia maklum bahawa sebanyak 77.3% daripada kes baru harian yang dilaporkan di Sarawak pada bulan Oktober 2021 merupakan dewasa yang telah lengkap vaksinasi. Seramai 64.5% kes kematian yang dilaporkan dalam bulan Oktober juga telah lengkap vaksinasi. Ini bermakna walaupun vaksinasi adalah efektif dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 serta kematian akibat COVID-19, jangkitan masih boleh berlaku dan risiko kematian tetap ada terutamanya bagi warga emas, mereka yang tidak layak menerima vaksin serta mereka yang mempunyai ko-morbid.


Dengan kelonggaran yang diberikan, risiko penyebaran di komuniti mungkin meningkat. JPBNS amat menggalakkan semua individu menjalani saringan kendiri sebelum memasuki Sarawak, walaupun ianya bukan satu keperluan mandatori bagi mereka yang lengkap vaksinasi. Sekiranya mempunyai sebarang gejala sepanjang tempoh berada di Sarawak, jalanilah saringan sama ada menggunakan self-test kit ataupun membuat saringan di fasiliti kesihatan terdekat. JPBNS menyeru semua individu di Sarawak agar sentiasa mematuhi SOP, termasuklah memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam, mengamalkan penjarakan fizikal serta mempraktikkan amalan kebersihan diri.

JPBN Sarawak juga mengajak agar kita semua menjadi warga yang bertanggungjawab demi melindungi ibubapa, adik-beradik, saudara serta rakan-rakan di Sarawak.

Baca juga luahan netizen mengenai sistem EnterSarawak :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang ‘Rutit’, Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Next Article Kedai Ayam Goreng XXL Shihlin Kembali Lagi Di Kuching, Bakal Buka Cawangan Baru Di Emart Tabuan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?