• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang ‘Rutit’, Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan

Oleh
Ismail NA
16 Oktober 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Tanda pagar #MansuhkanEnterSarawak trending di Facebook.

Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang ‘Rutit’, Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan. Walaupun pergerakan rentas negeri telah pun dibenarkan di seluruh negara, namun Sarawak masih mengekalkan prosedur untuk mana-mana individu yang ingin memasuki negeri ini agar mengisi maklumat di dalam platform enterSarawak.

Isi Isi Penting
  • Tanda pagar #MansuhkanEnterSarawak trending di Facebook.
  • MP Muar tegur sistem enterSarawak yang lambat luluskan permohonan
  • Disokong oleh netizen Sarawak sendiri
  • Lagi keluh kesah netizen berkenaan dengan sistem enterSarawak ;
  • Sebelum ini, kami pernah menerbitkan sebuah artikel tentang penambah baikan MUDAH yang boleh dilakukan ke atas platform enterSarawak ini. Baca selanjutnya di sini :
  • Ketidakberkesanan sistem ini juga membolehkan individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan sebelum ini. Ini cerita penuh :

Namun demikian, rata-rata netizen memberikan reaksi yang kurang menyenangkan tentang penguatkuasaan prosedur ini walaupun rentas negeri telah dibenarkan. Hal ini kerana menurut mereka, prosedur ini adalah sesuatu yang tidak lagi relevan, rumit, bermasalah dan menyukarkan.

Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang ‘Rutit’, Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan

Keluhan ini telah banyak diluahkan di laman group Facebook, Rakyat Anak Sarawak Semenanjung (RSS) yang mengadu tentang proses kelulusan yang mengambil masa lama serta tidak efisien. Kerenah sistem yang leceh ini juga turut mendapat perhatian MP Muar, Syed Saddiq apabila beliau menegur sistem ini yang lambat memberikan respon kelulusan untuk pembantu rumahnya yang ingin pulang ke Sarawak.

MP Muar tegur sistem enterSarawak yang lambat luluskan permohonan

Malah, beliau juga menyedari banyak keluhan rakyat Sarawak yang mengatakan bahawa terlalu banyak permohonan yang lambat menerima kelulusan dan operator yang tidak menyahut panggilan telefon untuk menjawab pertanyaan dan status permohonan.

Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, Syed Saddiq menggesa agar kerajaan Sarawak membaiki sistem enterSarawak dengan kadar yang segera bagi memudahkan lagi urusan kemasukan ke Sarawak. Dalam konteks beliau sendiri, beliau mempunyai seorang pembantu rumah warga Sarawak yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibunya yang sakit. Malah, pembantu rumah beliau juga sudah lebih setahun tidak pulang ke negeri kelahiran kerana prosedur dan SOP sebelum ini.

Menurut Syed Saddid lagi, pembantu rumah tersebut telah membeli tiket penerbangan untuk pulang ke Sarawak bertarikh 16 Oktober 2021 (Sabtu). Selain itu, ujian saringan PCR juga telah dilakukan sebagai memenuhi kriteria kemasukan ke Sarawak. Namun, sehingga jam 4 petang semalam (waktu ciapan di Twitter), pihaknya masih belum menerima kelulusan daripada enterSarawak berkenaan status kepulangan pembantu rumahnya ke Sarawak.

Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Sumber : Group FB [RSS] Rakyat Anak Sarawak Semenanjung

Disokong oleh netizen Sarawak sendiri

Kenyataan ini disokong oleh salah seorang netizen yang berkongsikan ciapan tersebut di laman group Facebook RSS. Tambahnya, sistem tersebut seharusnya dibatalkan dan menyarankan agar kerajaan Sarawak mengikut jejak langkah Sabah yang tidak menggunakan sebarang platform tambahan untuk kemasukan ke negeri itu. Akibat daripada sistem yang tidak efisyen ini, rakyat Sarawak yang ingin pulang ke tanah air sendiri dikenakan bermacam-macam langkah prosedur.

“Pemimpin Sarawak, sila ambil perhatian. Jangan sampai orang lain yang ambil perhatian. Terima kasih Syed Saddiq. Sekurang-kurangnya beliau bersuara untuk kita rakyat Sarawak,”

Netizen

Lagi keluh kesah netizen berkenaan dengan sistem enterSarawak ;

Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Sumber : Group FB [RSS] Rakyat Anak Sarawak Semenanjung
Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Sumber : Group FB [RSS] Rakyat Anak Sarawak Semenanjung
Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Sumber : Group FB [RSS] Rakyat Anak Sarawak Semenanjung

“Lebih senang nak ke Mekah. Kononnya negeri ini (Sarawak) lain daripada yang lain..tapi sebenarnya ‘minta puji'”

Netizen
Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Sumber : Group FB [RSS] Rakyat Anak Sarawak Semenanjung
Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Sumber : Group FB [RSS] Rakyat Anak Sarawak Semenanjung
Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Sumber : Group FB [RSS] Rakyat Anak Sarawak Semenanjung
Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Sumber : Group FB [RSS] Rakyat Anak Sarawak Semenanjung
Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Sumber : Group FB [RSS] Rakyat Anak Sarawak Semenanjung

Seorang netizen pula memberitahu bahawa muat naik dokumen hendaklah menerusi telefon pintar dengan membuka laman sesawangnya dan bukan menerusi aplikasi. Dengan cara ini, permohonan anda akan terus diluluskan. Namun, ia tetap sesuatu yang tampak memakan banyak masa dan tenaga.

Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Sumber : Group FB [RSS] Rakyat Anak Sarawak Semenanjung

Seorang netizen pula mendedahkan bahawa sistem enterSarawak ini dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan. Katanya, sistem yang dibangunkan ini langsung tidak memudahkan rakyat.

Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang 'Rutit', Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan
Sumber : Group FB [RSS] Rakyat Anak Sarawak Semenanjung

Menerusi carian kami di laman Google, syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat pembangun teknologi yang berpangkalan di Kuching dan merupakan pembangun untuk platform enterSarawak. Menurut laman sesawang syarikat tersebut, mereka telah diamanahkan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) untuk membangunkan sistem ini dan berjaya menghasilkannya dalam masa 36 jam. Mereka juga merupakan individu di sebalik aplikasi i-Alerts, inisiatif sama oleh JPBNS dan SMA yang digunakan untuk pengesanan bencana di Sarawak.

Selain itu, mereka juga telah membangunkan beberapa platform lain berkaitan kerajaan Sarawak seperti ePreneurs oleh Sarawak Women dan iSarawakCare iaitu sebuah laman sesawang inisiatif oleh Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak.

Walau bagaimanapun, di kala kebenaran rentas negeri telah pun dibenarkan serta 90% populasi rakyat dewasa di Malaysia telah menerima suntikan vaksin, prosedur ini seharusnya dilonggarkan bagi memudahkan urusan orang ramai bertemu dengan insan yang tersayang. Sekiranya perkara ini masih dikuatkuasakan, seolah-olah tiada manfaat yang boleh dinikmati oleh penerima dos lengkap suntikan vaksin sebagai langkah perlindungan dan memerangi COVID-19.

Akhir kata, penguatkuasaan prosedur yang leceh ini tidak mencerminkan keseriusan dan langkah ke arah fasa endemik seperti yang dicanang-canangkan.

Sebelum ini, kami pernah menerbitkan sebuah artikel tentang penambah baikan MUDAH yang boleh dilakukan ke atas platform enterSarawak ini. Baca selanjutnya di sini :

Ketidakberkesanan sistem ini juga membolehkan individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan sebelum ini. Ini cerita penuh :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik ‘Jungle Stay’ Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Next Article TERKINI : Tidak Perlu Isi EnterSarawak Untuk Memasuki Sarawak Lagi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?