• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Terlalu Banyak Retimed Ketika Hari Raya, Air Asia Tampil Mohon Maaf

Oleh
Husna Hazmi
11 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Hal ini kerana peningkatan mendadak penerbangan pada musim perayaan tahun ini.

Terlalu Banyak Retimed Ketika Hari Raya, Air Asia Tampil Mohon Maaf . Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai hal penjadualan semula penerbangan Air Asia yang telah mengakibatkan ramai para pelanggannya berasa tidak senang.

Isi Isi Penting
  • Hal ini kerana peningkatan mendadak penerbangan pada musim perayaan tahun ini.
  • Memohon maaf kepada para penumpang yang mengalami kesulitan
  • Permintaan untuk penerbangan domestik telah naik dengan sangat mendadak
  • Berlaku insiden luar jangka seperti panahan petir
Terlalu Banyak Retimed Ketika Hari Raya, Air Asia Tampil Mohon Maaf
Terlalu Banyak Retimed Ketika Hari Raya, Air Asia Tampil Mohon Maaf

Memohon maaf kepada para penumpang yang mengalami kesulitan

Oleh demikian, Air Asia telah tampil dan memohon maaf kepada para penumpang yang mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan susulan peningkatan permintaan mendadak pada musim perayaan kali ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, terdapat beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan telah mengakibatkan kelewatan di luar jangkaan serta kawalan syarikat penerbangan itu.

“Kami berusaha sedaya upaya memastikan kesan gangguan paling minimum untuk semua para penumpang dan memastikan semua dapat tiba di destinasi masing-masing dengan cepat termasuk melancarkan penerbangan khas untuk membawa penumpang yang terkandas,” jelas beliau dalam kenyataan pada Selasa.

Terlalu Banyak Retimed Ketika Hari Raya, Air Asia Tampil Mohon Maaf

Permintaan untuk penerbangan domestik telah naik dengan sangat mendadak

Tambah beliau lagi, faktor lain yang jugaturut menyumbang kepada penjadualan semula penerbangan semasa musim perayaan ini ialah permintaan untuk penerbangan domestik telah naik dengan sangat mendadak dan pembukaan sempadan negara sejak 1 April lepas.

“AirAsia Malaysia juga kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat semasa prapandemik.

“Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaraan pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang sudah lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula sepertimana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia,” jelas beliau lagi.

Terlalu Banyak Retimed Ketika Hari Raya, Air Asia Tampil Mohon Maaf

Berlaku insiden luar jangka seperti panahan petir

Riad Asmat juga berkata, selain daripada kerosakan dan masalah teknikal lazim yang ditemui semasa proses pemeriksaan rutin, berlaku insiden luar jangka seperti pintasan burung, kerosakan akibat objek asing serta panahan petir sehingga menyebabkan tiga hingga lima pesawat terpaksa dikeluarkan daripada jadual sepanjang tempoh perayaan ini.

Keutamaan AirAsia buat masa ini ialah meminimumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua para penumpang tiba di destinasi masing-masing dengan selamat.

Setiap perubahan pada jadual penerbangan akan dimaklumkan kepada tetamu melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas ke nombor telefon yang didaftarkan semasa tempahan tiket, kata beliau lagi.

Sebelum ini, trending isu Air Asia asyik retimed penerbangan ketika hari raya:

SUMBER :Sinar Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahniah! Atlet Terjun Sarawak Ini Berjaya Raih Pingat Perak Sukan SEA Hanoi 2022 Tahniah! Atlet Terjun Sarawak Ini Berjaya Raih Pingat Perak Sukan SEA Hanoi 2022
Next Article Buli Lelaki Gelandangan Guna Mercun, Suspek Bersama Tukang Rakam Diberkas Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?