• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terlebih Beri Makan Mungkin Faktor Utama Kematian Ratusan Ikan Di Taman Sahabat Kuching

Oleh
Husna Hazmi
1 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ratusan ikan di taman sahabat mati mengejut.

Terlebih Beri Makan Mungkin Faktor Utama Kematian Ratusan Ikan Di Taman Sahabat Kuching. Semalam, kita dikejutkan dengan sebuah perkongsian di Facebook mengenai ratusan ikan di tasik Taman Sahabat, Kuching mati secara mengejut.

Terlebih Beri Makan Mungkin Faktor Utama Kematian Ratusan Ikan Di Taman Sahabat Kuching
Terlebih Beri Makan Mungkin Faktor Utama Kematian Ratusan Ikan Di Taman Sahabat Kuching. Kredit gambar: Sarawak Viral News

Faktor mengapa ratusan ikan tersebut mati

Menurut laporan daripada Utusan Borneo ketika menghubungi Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng semalam mengulas bahawa mungkin terdapat beberapa faktor mengapa ratusan ikan tersebut mati.

“Antaranya adalah terlebih memberi makan kerana tanpa kawalan makanan yang diberikan, terlalu sesak di dalam kolam kerana ikan tambahan yang ditambah ke dalam kolam itu akan menambah bilangan ikan sekali gus populasinya juga berkembang dan roti yang telah tamat tempoh dibuang ke dalam kolam untuk memberi makan kepada ikan,” kata beliau.

Beliau juga berkata, bagi memastikan masalah seperti ini tidak berulang lagi, keperluan seperti mengawal pemberian makanan ikan di dalam kolam, memantau masa memberi makan dan sudah tentu memeriksa jenis makanan ikan yang dibuang ke dalam kolam mungkin akan dijalankan.

Terlebih Beri Makan Mungkin Faktor Utama Kematian Ratusan Ikan Di Taman Sahabat Kuching
Kredit gambar: Sarawak Viral News

“Kami mungkin tidak membenarkan orang ramai memasukkan ikan mereka ke dalam tasik, bagaimanapun kami akan membincangkan apa yang terbaik,” ujar beliau lagi.

Insiden yang sebegini pernah terjadi pada tahun 2018 dan pihak MBKS telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa kematian mengejut ikan tersebut kadang-kadang memang berlaku namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepadanya seperti jenis makanan yang diberi oleh orang ramai.

Walaupun terdapat tanda-tanda ‘No Feeding’ di tasik, orang ramai terutamanya ahli keluarga yang mempunyai anak akan membiarkan anak mereka membuang makanan seperti roti dan segala jenis makanan ikan ke dalam tasik, menurut kenyataan itu.

Terlebih Beri Makan Mungkin Faktor Utama Kematian Ratusan Ikan Di Taman Sahabat Kuching
Kredit gambar: Sarawak Viral News

Makanan mungkin berminyak atau tidak sesuai untuk ikan

Jelas kenyataan tersebut lagi, apa yang ditakuti ialah makanan itu mungkin berminyak atau tidak sesuai untuk ikan.

Tasik tersebut mempunyai sistem untuk memastikan oksigen mencukupi dalam air untuk kebaikan ikan manakala kakitangan MBKS juga selalu memantau keadaan air di tasik tersebut.

Diharap agar pengunjung yang singgah di Taman Sahabat ini bersama-sama menjaga ikan di tasik berkenaan dan jangan sesekali memberi makanan yang berbahaya untuk kesihatan ikan di tasik tersebut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masih Belum Ada Tindakan Dari Pihak Bertanggungjawab, Jalan Asajaya Ke Samarahan Makin Teruk Masih Belum Ada Tindakan Dari Pihak Bertanggungjawab, Jalan Asajaya Ke Samarahan Makin Teruk
Next Article Tempah Sebelum Terlambat! Malaysia Airlines Tawar Tiket Penerbangan Serendah RM 79 Sehingga 30 Jun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?