• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Terokai Keindahan Wind Cave Dan Fairy Cave, Gua Penuh Sejarah Yang Terletak Di Bau

Oleh
Husna Hazmi
11 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Jarak dua gua ini juga tidak jauh antara satu sama lain.

Terokai Keindahan Wind Cave Dan Fairy Cave, Gua Penuh Sejarah Yang Terletak Di Bau. Bau yang telretak tidak jauh dari Kuching ini merupakan salah satu daerah di Sarawak yang penuh dengan tempat-tempat dan sejarah yang menarik.

Terkenal dengan keunikan namanya serta sejarahnya di mana daerah ini merupakan lombong emas di Bumi Kenyalang ini, Bau kini semakin membangun terutamanya dalam industri pelancongan.

Terokai Keindahan Wind Cave Dan Fairy Cave, Gua Penuh Sejarah Yang Terletak Di Bau
Terokai Keindahan Wind Cave Dan Fairy Cave, Gua Penuh Sejarah Yang Terletak Di Bau. Kredit foto: I Love Borneo

Dua gua berusia jutaan tahun di Sarawak

Ada pelbagai tempat menarik yang anda boleh dilawati di sini. Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda mengenai 2 gua yang berusia berjuta-juta tahunnya yang terletak di daerah ini.

Mengambil jangka masa yang amat panjang, proses pembentukan gua adalah kompleks dan memerlukan tindak balas kimia yang terjadi selama beribu-ribu tahun dahulu.

Di Bau, Sarawak terdapat dua buah gua yang berusia 60 juta tahun dan menjadi tarikan pelancongan di sini. Mari kita kenali secara ringkas dua gua yang penuh sejarah di Bau ini:

Terokai Keindahan Wind Cave Dan Fairy Cave, Gua Penuh Sejarah Yang Terletak Di Bau
Kredit foto: FB Sarawak Forestry Corporation

Wind Cave

Wind Cve adalah gua batu kapur berbentuk yang terbentuk semasa zaman Jurrassic-Cretaceous, kira-kira 60 juta tahun dahulu. Penggalian oleh peneroka awal seperti Beccari pada tahun 1865 telah menunjukkan bahawa Wind Cave telah didiami suatu ketika dahulu.

Di sini juga telah ditemui tembikar, arang dan kepingan kerang laut serta air tawar. Lubang yang dalam pada gua ini pula mungkin dibuat oleh pemggali emas pada tahun 1930-an.

Terokai Keindahan Wind Cave Dan Fairy Cave, Gua Penuh Sejarah Yang Terletak Di Bau
Kredit foto: I Love Borneo

Fairy Cave

Fairy cave atau lebih dikenali sebagai gua pari-pari ini juga merupakan gua batu kapur yang terletak tidak jauh dari Wind Cave. Terkenal dikalangan orang tempatan untuk dijadikan tempat mendaki secara ringan, di sini terdapat beberapa trail mudah yang boleh dicuba.

Gua pari-pari ini bukan sekadar gua indah penuh sejarah, ia juga terkenal sebagai dengan kisah mistiknya tersendiri.

Jika anda ke Bau, anda mesti terokai keindahan Gua penuh sejarah di Sarawak yang terletak di Bau ini!

Baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Gua Pari-Pari:

https://www.iloveborneo.my/kehijauan-tersembunyi-dalam-terowong-batu-kapur-terokai-keindahan-gua-pari-pari-di-bau/
https://www.iloveborneo.my/ini-adalah-antara-kisah-batu-misteri-yang-terdapat-di-sarawak/
SUMBER :Sarawak Forestry Corporation
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article <strong>Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini</strong>
Next Article Ingin Cuba Sensasi Sukiyaki, Anda Boleh Cuba Hotpot Di Shang Pot La Promenade

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?