• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terpilih Untuk Persidangan Peringkat Antarabangsa, Pelajar Sabah Bakal Bentang Projek Di Australia Secara Maya

Oleh
Nazihah AN
30 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Terpilih Untuk Bersidang Antarabangsa, Pelajar Sabah Bakal Bentang Projek Di Australia Secara Maya

Pelajar Sabah telah terpilih sebagai pembentang untuk persidangan antarabangsa

Terpilih Untuk Persidangan Peringkat Antarabangsa, Pelajar Sabah Bakal Bentang Projek Di Australia Secara Maya. Dilaporkan bahawa, seorang pelajar jurusan teknologi elektrik Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Bless Aldon Saidon telah terpilih sebagai pembentang bagi persidangan antarabangsa dalam talian yang diadakan di Sydney, Australia dari 16 Julai hingga 18 Julai 2021 ini.

Persidangan tersebut dikenali sebagai Asia Pacific International Modern Science Congress yang dianjurkan oleh persatuan ilmiah Institute of Economic Developement and Social Researchers (IKSAD) yang berpusat di Turki.

Terpilih Untuk Persidangan Peringkat Antarabangsa, Pelajar Sabah Bakal Bentang Projek Di Australia Secara Maya
Terpilih Untuk Persidangan Peringkat Antarabangsa, Pelajar Sabah Bakal Bentang Projek Di Australia Secara Maya

Bless Aldon akan menunjukkan projek tahun terakhirnya “Improving the safety of circuit board through automated alert and protection system” secara langsung di persidangan tersebut melalui aplikasi Zoom. Projek yang dikembangkannya adalah alat yang dapat mengeluarkan peringatan awal kepada juruteknik, untuk memeriksa dan menyelenggara rangkaian elektrik dan papan suis dalam bangunan mengikut jadual yang disarankan.

Sememangnya hal ini akan dapat mengatasi atau mengurangkan masalah teknikal seperti litar pintas yang boleh mengakibatkan suatu insiden atau kemalangan yang berbahaya seperti kebakaran. Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti usaha pelajar dan memuji sikap pelajar untuk menonjolkan inovasi di pentas antarabangsa.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penarikan Diri Dari Masyarakat, Hikikomori Jepun Boleh Luangkan Masa Bersendirian Selama Bertahun Penarikan Diri Dari Masyarakat, Hikikomori Jepun Boleh Luangkan Masa Bersendirian Selama Bertahun
Next Article TERKINI: Kes Di Sarawak Meningkat Kembali, 376 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?