• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penarikan Diri Dari Masyarakat, Hikikomori Jepun Boleh Luangkan Masa Bersendirian Selama Bertahun

Oleh
ILB - AI
30 Jun 2021
Kongsi
9 Min Bacaan
Penarikan Diri Dari Masyarakat, Hikikomori Jepun Boleh Luangkan Masa Bersendirian Selama Bertahun

Practicing social distancing long before pandemic

Penarikan Diri Dari Masyarakat, Hikikomori Jepun Boleh Luangkan Masa Bersendirian Selama Bertahun. Apabila seluruh dunia melaksanakan lockdown di negara masing-masing ketika pandemik Covid-19 tercetus tahun lalu, ayat yang asyik didengari adalah “Stay at home,” “Duduk di rumah,” dan “Social distancing”.

Isi Isi Penting
  • Practicing social distancing long before pandemic
  • Hikikomori digambarkan sebagai penyendiri atau “pertapa moden”
  • Ciri-ciri hikikomori
  • Tekanan sosial antara penyebab utama seseorang memutuskan untuk menjadi hikikomori
  • Tidak semua hikikomori ‘malas’!
  • Adakah budaya Hikikomori wujud di negara lain?

Of course, dapat difahami bahawa tidak semua orang dapat duduk di rumah untuk waktu yang lama, terutamanya jika selama berbulan-bulan tetapi untuk hikikomori di Jepun, keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. Ini kerana ‘hikikomori’ bermaksud ‘penarikan diri dari masyarakat’ – iaitu amalan mencari tahap pengasingan dan pengasingan sosial yang melampau, kadang-kadang berlangsung selama bertahun-tahun.

Penarikan Diri Dari Masyarakat, Hikikomori Jepun Boleh Luangkan Masa Bersendirian Selama Bertahun

Hikikomori digambarkan sebagai penyendiri atau “pertapa moden”

Hikikomori juga dikenali sebagai acute social withdrawal. Ini adalah fenomena di mana seseorang individu menarik diri dari masyarakat dan mencari tahap pengasingan sosial yang melampau.

Digambarkan sebagai ‘penyendiri’, ia dianggarkan sekitar setengah juta belia Jepun telah menjadi hikikomori, dengan lebih daripada setengah juta individu pertengahan umur diperkirakan menjadi sebahagian daripada fenomena tersebut.

Masalah dengan penarikan sosial yang melampau pada remaja Jepun pertama kali mendapat perhatian pada tahun 1990-an. Ini adalah masa ketika Jepun mengalami “zaman ais” ekonomi, yang mencegah banyak orang muda mencapai tujuan mereka.

Sebilangan besar hikikomori terdiri daripada belia. Kredit: Grape

Banyak yang bertindak balas dengan menyembunyikan diri untuk menyembunyikan rasa malu yang mereka rasakan. Bagi sesetengah orang, mereka tidak muncul semula.

Menurut Saitō Tamaki, seorang ahli psikologi, mengenai fenomena ini, beliau mengatakan bahawa hikikomori adalah orang baik yang kebetulan mendapati diri mereka berada dalam keadaan sukar. Menurutnya, hal ini kerana masyarakat Jepun mempunyai “banyak masalah”, seperti kurangnya pekerjaan tetap, kenaikan rata-rata usia penduduk, dan masalah orang kembali bekerja setelah dipaksa berhenti untuk menjaga orang tua yang semakin berusia.

“Masih wujudnya kurang menghormati individu. Orang yang tidak berguna bagi masyarakat atau keluarga mereka dilihat tidak mempunyai nilai. Apabila para hikikomori mendengar retorik kerajaan untuk mempromosikan ‘penglibatan dinamik semua warga negara’, mereka mungkin menganggap bahawa ketidakmampuan mereka untuk ‘terlibat secara dinamik’ menjadikan mereka tidak berharga. Ini mendorong mereka ke sudut mental,” ujarnya lagi.

Saitō Tamaki menyatakan bahawa populasi hikikomori boleh mencecah 10 juta orang dalam masa yang akan datang. Kredit: Nippon

Ciri-ciri hikikomori

Terdapat beberapa ciri utama hikikomori. Ini termasuk orang yang terjejas diasingkan secara fizikal di rumah mereka selama sekurang-kurangnya enam bulan, terputus dari hubungan sosial yang bermakna, dengan tekanan teruk dan gangguan fungsi seperti mengelakkan tugas di mana mereka mungkin harus berinteraksi dengan orang lain, atau berurusan dengan diri sendiri mengenai keperluan penjagaan.

Di samping pengasingan fizikal, hikikomori menunjukkan keterasingan psikologi yang melampau dari dunia sosial. Tempat di mana interaksi sosial yang aktif sepatutnya berlaku seperti di sekolah atau tempat kerja menjadi mustahil bagi mereka.

Hikikomori sanggup tidak bekerja atau bersekolah dan bahkan berinteraksi dengan keluarga sendiri jika mereka mengambil keputusan untuk mengasingkan diri. Kredit: Science Focus

Mereka tetap terputus secara sosial dari orang-orang di sekeliling mereka sama ada mereka berada di luar rumah atau tidak.

Walaupun terdapat sebilangan yang dapat menguruskan beberapa aktiviti di luar, mereka jarang berinteraksi dengan orang. Terdapat juga sebilangan yang mungkin menggunakan internet sebagai tingkap ke dunia luar namun mereka sering tidak berinteraksi dengan orang lain.

Kredit: SoraNews24

Tekanan sosial antara penyebab utama seseorang memutuskan untuk menjadi hikikomori

Terdapat kepercayaan yang mendalam di Jepun bahawa orang kurang upaya (OKU) dan kesulitan seperti berkenaan harus diasingkan dari masyarakat lain. Ini kerana mereka dianggap sebagai “tidak dapat memberi sumbangan kepada masyarakat” dan nilai kemasyarakatan ini sangat mempengaruhi mereka yang berkebolehan tetapi tidak mendapat pekerjaan yang stabil.

Selain tidak mendapat pekerjaan stabil, kegagalan dalam peperiksaan penting turut menjadi pencetus trauma bagi mereka yang memutuskan untuk menjadi hikikomori.

Ringkas kata, tekanan untuk keseragaman kolektif dan ketakutan akan rasa malu sosial menjadi pendorong seseorang menjadi hikikomori dan memilih untuk keluar dari jalan ‘normal’ yang ditetapkan oleh masyarakat mereka bagi menghindari trauma.

Fenomena ini sedang dikaji kerana kesedaran mengenai masalah ini semakin berleluasa. Pada masa ini, ahli psikologi mengklasifikasikan hikikomori sebagai pelbagai gangguan psikiatri DSM-IV-TR (atau ICD-10) yang ada. Hikikomori boleh dianggap sebagai sindrom terikat budaya.

Demi menghindari trauma dan menyembunyikan perasaan malu, hikikomori memutuskan untuk mengasingkan diri dari masyarakat mereka. Kredit: The Conversation

Tidak semua hikikomori ‘malas’!

Mungkin bagi sebilangan orang dalam masyarakat Jepun, mereka menganggap hikikomori sebagai ‘pemalas’.

Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan (dengan kepercayaan bahawa hikikomori enggan mencari kerja), mereka turut dijaga oleh keluarga mereka walaupun sudah berumur dan berupaya untuk bekerja dan menanggung diri; pada dasarnya, hikikomori dianggap sebagai orang yang mungkin menjalani kehidupannya sesuai dengan cara yang mereka inginkan.

Seorang hikikomori. Kredit: BBC

Namun, tidak semua hikikomori adalah begitu. Malah, terdapat juga hikikomori yang memutuskan untuk menjadi hikikomori atas sebab alasan kerja!

Salah satu Hikikomori yang terkenal ialah Nito Souji, seorang lelaki dari Jepun yang telah menjadi hikikomori selama sekitar 10 tahun.

Menurut beliau menerusi temu bual dengan Sean & Nami di Youtube, Nito menjadi hikikomori apabila beliau tidak dapat mencari pekerjaan setelah menamatkan pengajian di universiti.

Dalam pengasingannya, beliau menjadi pelukis, melukis untuk doujin dan bahkan menerbitkan dua buku walaupun berada dalam keadaan pengasingan!

Nito Souji menjadi hikikomori selama 10 tahun apabila gagal mendapatkan pekerjaan stabil selepas beliau menamatkan pengajian tinggi. Kredit: UNILAD

Sekitar 5-6 tahun yang lalu, beliau memutuskan bahawa beliau ingin mengubah jalan kerjayanya dan mengembangkan beberapa permainan video dari sifar (yes guys, beliau belajar untuk mengembangkan permainan video dari scratch).

Beliau terpaksa belajar dan mendalami bahasa Inggeris kerana panduan perisian yang digunakan untuk mengembang permainan videonya dalam bahasa Inggeris dan beliau mahukan permainannya dalam bahasa Inggeris agar ia sesuai untuk pemain antarabangsa.

Dalam temu bual itu, beliau menyatakan bahawa beliau sedang mengembangkan permainan video bernama ‘Pull Stay‘, yang merupakan terjemahan langsung dari ‘hikikomori‘.

Beberapa bulan selepas video temu bualnya tular, beliau membuat saluran Youtube sendiri dan mengumumkan bahawa kempen KickStarternya untuk membiayai pengembangan permainan tersebut sudah cukup untuk meneruskan tahap pengembangan permainan berkenaan lebih lanjut!

Menerusi kemas kini terakhir mengenai permainannya baru-baru ini, beliau mengatakan bahawa permainan itu disasarkan akan dilancar pada bulan April 2022 dan kempen KickStarternya juga melebihi goal awalnya. Anda boleh memuat turun versi demo permainan tersebut di Steam secara percuma!

Gameplay demo Pull Stay.

Adakah budaya Hikikomori wujud di negara lain?

Walaupun budaya hikikomori adalah fenomena ‘Jepun yang unik’, terdapat kajian kes hikikomori dari beberapa negara di luar Jepun termasuk Sepanyol, Oman, Amerika Syarikat, Kanada, Itali, United Kingdom, Perancis, Taiwan, dan Korea Selatan.

Budaya hikikomori juga wujud di negara lain selain Jepun. Kredit: Aeon Ideas

Kajian fenomena ini masih dijalankan dan ahli psikologi berusaha untuk mengenal pasti apa sebenarnya punca hikikomori dan mengapa ia boleh menyebabkan seseorang menjadi hikikomori selama bertahun-tahun (sama ada penyakit mental atau hanya tekanan sosial atau kedua-duanya).

Kini, hikikomori masih tinggal di dalam rumah, menjalani kehidupan yang mereka sudah biasa lalui selama bertahun-tahun sebelum Covid-19 berlaku.

Sekiranya anda merasa anda mengenali seorang hikikomori, cuba hubungi mereka dan berinteraksi dengan mereka secara perlahan. Mungkin, dengan sedikit dorongan dan mengetahui bahawa mereka mempunyai nilai serta dihargai, semoga mereka akhirnya keluar dari cengkerang mereka and learn to be human again.

Gambar sekadar hiasan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Luaskan Pasaran, Cawangan Ke-10 Pasaraya Emart Summer Mall Samarahan Dibuka Secara Rasmi Jumaat Ini
Next Article Terpilih Untuk Bersidang Antarabangsa, Pelajar Sabah Bakal Bentang Projek Di Australia Secara Maya Terpilih Untuk Persidangan Peringkat Antarabangsa, Pelajar Sabah Bakal Bentang Projek Di Australia Secara Maya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?