• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tertidur Di Rumah Yang Hendak Diceroboh, Penjenayah Ditemui Dalam Keadaan Mabuk

Oleh
Husna Hazmi
25 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek mempunyai enam rekod jenayah dan berstatus orang dikehendaki polis.

Tertidur Di Rumah Yang Hendak Diceroboh, Penjenayah Ditemui Dalam Keadaan Mabuk. Dilaporkan bahawa seorang penjenayah ditemui tertidur di rumah yang dicerobohi akibat mabuk selepas minum minuman alkohol milik penghuni rumah berkenaan dalam satu kejadian di Taman Tanjung, Baharu, Jempol pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, kehadiran lelaki yang berusia 41 tahun itu telah disedari tuan rumah yang berusia 65 tahun pada jam 6.30 pagi yang lalu membuat laporan polis.

Tertidur Di Rumah Yang Hendak Diceroboh, Penjenayah Ditemui Dalam Keadaan Mabuk
Tertidur Di Rumah Yang Hendak Diceroboh, Penjenayah Ditemui Dalam Keadaan Mabuk. Gambar sekadar hiasan

Minum minuman keras sehingga mabuk dan tertidur

Beliau berkata, pengadu sedang bersama isteri dan empat anak mereka di rumah teres satu tingkat tersebut. Semasa memecah masuk ke dalam rumah berkenaan, suspek dipercayai minum minuman keras milik pengadu sehingga mabuk dan tertidur.

Sebaik sahaja pengadu bangun tidur awal pagi, dia menemui suspek terbaring di dalam rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bersama suspek, terdapat beg kertas yang mengandungi dua pisau, pemutar skru, dua botol minuman keras, dan sebuah tablet.

Tertidur Di Rumah Yang Hendak Diceroboh, Penjenayah Ditemui Dalam Keadaan Mabuk
Sumber foto: FB Oh Bulan

Mempunyai 15 rekod dadah, enam rekod jenayah

Chang Hook berkata suspek dipercayai ingin menceroboh masuk ke rumah berkenaan dan telah memanjat pagar dan masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

Hasil pemeriksaan pihak berkuasa, suspek mempunyai 15 rekod dadah, enam rekod jenayah dan berstatus orang yang dikehendaki polis.

Suspek telah direman 4 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Rompak Kedai Makan Sempat Dirakam CCTV Di Kuching, Netizen Minta Waspada Dengan Kelisa Putih
‘Tumpu Kepada Hak Sama Rata Bagi Rakyat Semenanjung,’ Laporan Ini Terima Pendapat Berbelah Bahagi
SUMBER :Sinar Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rompak Kedai Makan Sempat Dirakam CCTV Di Kuching, Netizen Minta Waspada Dengan Kelisa Putih Rompak Kedai Makan Sempat Dirakam CCTV Di Kuching, Netizen Minta Waspada Dengan Kelisa Putih
Next Article Awas Tawaran Baju Murah Di Media Sosial, Individu Ini Kongsi Senarai Scammer IG Shop Awas Tawaran Baju Murah Di Media Sosial, Individu Ini Kongsi Senarai Scammer IG Shop

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?