• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Elak Beratur Di UTC, Tetapan Sarawak ID Boleh Dibuat Di Kiosk Service Sarawak

Oleh
Ismail NA
4 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Kredit foto: FB Nur Farina

Ramai Tak Tahu, Anda Boleh Guna Kiosk Service Sarawak untuk Akses SPay Global Tanpa Beratur Panjang di UTC

Elak Beratur Di UTC, Tetapan Sarawak ID Boleh Dibuat Di Kiosk Service Sarawak. Dalam usaha membantu rakyat Sarawak, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Baru-baru ini, susulan pengkreditan bantuan SKAS melalui aplikasi SPay Global, ramai yang berlumba-lumba untuk mendaftar akaun atau mengaktifkan semula Sarawak ID mereka bagi membolehkan akses ke aplikasi tersebut.

Namun, di sebalik keterujaan ini, beberapa cabaran telah timbul. Menurut perkongsian seorang pengguna di Facebook, kiosk Service Sarawak di Summer Mall, Kota Samarahan jarang digunakan, walaupun sebenarnya ia boleh memudahkan proses berkaitan. Hal ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kesedaran tentang fungsi kiosk tersebut.

Kredit foto: FB Nur Farina

Masalah Biasa Pengguna – Lupa Kata Laluan dan Kemaskini Maklumat

Antara cabaran yang dihadapi pengguna ialah lupa kata laluan, lupa nama pengguna, serta kesukaran untuk mengemaskini maklumat seperti emel dan nombor telefon. Ini menyebabkan mereka memilih untuk ke ibu pejabat SPay Global di UTC Kuching, yang baru-baru ini menyaksikan orang ramai beratur panjang bagi menyelesaikan urusan berkaitan bantuan SKAS.

Lokasi Kiosk Service Sarawak yang Anda Boleh Kunjungi

Jika anda ingin mengelakkan kesesakan di UTC, anda sebenarnya boleh menggunakan kiosk Service Sarawak yang terdapat di beberapa lokasi di seluruh negeri. Berikut adalah senarai lokasi kiosk Service Sarawak yang boleh anda lawati:

• Semua pusat Service Sarawak

• Summer Mall, Kota Samarahan

• Eastern Mall, Siburan

• Sing Kwong Shopping Complex, Sibu

• Pejabat Daerah Selangau

• Bintulu Development Authority, Bintulu

• Emart Riam, Miri

• Jabatan Bekalan Luar Bandar, Lawas

Jimat Masa dan Tenaga dengan Kiosk Service Sarawak

Menggunakan kiosk ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah anda juga boleh mengelakkan kesesakan dan kepenatan beratur panjang di UTC. Apa yang perlu anda lakukan ialah mencuba untuk mendaftar atau mengakses semula Sarawak ID melalui kiosk terdekat. Jika berjaya, urusan anda akan menjadi jauh lebih mudah tanpa perlu bersesak.

Cubalah kiosk Service Sarawak di kawasan anda dan nikmati kemudahan yang disediakan. Untung badan, tak perlu lagi beratur panjang di UTC!

Lagi artikel yang mungkin anda minati berkaitan bantuan SKAS

Ini Senarai Kedai Boleh Guna SPay Global Dalam Bantuan SKAS 2025
Lupa Kata Laluan Log Masuk, Individu Ini Kongsi Cara Reset Akaun SPAY Global Anda

SUMBER :Facebook Nur Farina
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sistem Pelepasan Imigresen Baharu, Kini Warganegara Malaysia Cuma Imbas Kod QR Di KLIA
Next Article Gadis Dari Kuching Hilang Selepas Ke KL, Dikhuatiri Terjerat Sindiket Kerja

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?