• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tewaskan 11K Calon Seluruh Dunia, Guru Sabah Ini Tersenarai 60 Finalis Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2023

Oleh
ILB - AI
14 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Tewaskan 11K Calon Seluruh Dunia, Guru Sabah Ini Tersenarai 60 Finalis Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2023

Syabas diucapkan kepada Lerry David atas pencapaian ini! Semoga berjaya dalam peringkat seterusnya

Tewaskan 11K Calon Seluruh Dunia, Guru Sabah Ini Tersenarai 60 Finalis Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2023. Malaysia melakar sejarah sekali lagi baru-baru ini apabila seorang guru dari Sabah telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 60 finalis untuk Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2023.

Cikgu Lerry David, seorang guru subjek bahasa Melayu di Kolej Vokasional Keningau, berjaya menewaskan 11,000 calon dari seluruh dunia dan bakal bersaing dengan 10 finalis bagi kategori benua Australia, New Zealand dan Asia Tenggara.

Tewaskan 11K Calon Seluruh Dunia, Guru Sabah Ini Tersenarai 60 Finalis Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2023

Berjaya disenaraipendekkan atas sumbangannya sebagai ketua warden asrama

Anugerah anjurah Cambridge University Press itu telah mengumumkan senarai ini di laman sesawangnya pada 10 April 2023 dan boleh diakses melalui pautan https://dedicatedteacher.cambridge.org/entries/

Daripada 60 finalis yang dipilih, enam guru akan mara sebagai pemenang kategori benua untuk peringkat seterusnya dan seorang pemenang global akan dipilih pada peringkat akhir.

Cikgu ini telah berjaya disenaraipendekkan atas sumbangannya sebagai ketua warden asrama yang telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti perlawanan sukan, kejohanan permainan video, aktiviti melukis mural, konsert lagu, persembahan fesyen dan banyak lagi sepanjang perintah kawalan pergerakan pada tahun 2020 dan 2021 untuk mengasah bakat pelajar dan membantu mereka dari segi kesihatan sosioemosi.

Menurut Cikgu Lerry David, pencalonan itu membuatkanya berasa lebih bermotivasi memikul tugas sebagai ketua warden asrama sekolah itu dan beliau berhasrat untuk melancarkan lebih banyak inisiatif agar para pelajar sentiasa berasa gembira dan selesa semasa tinggal di asrama.

Penghargaan bagi pengorbanan dan usaha guru

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik, berasa sangat bangga dengan kejayaan tersebut kerana ianya merupakan satu penghargaan bagi pengorbanan dan usaha guru terbabit dan beliau sangat berharap agar Cikgu Lerry David dapat memenangi peringkat benua dan seterusnya peringkat global.

Lerry David akan bersaing dengan 10 lagi finalis bagi kategori benua Australia, New Zealand dan Asia Tenggara dan keputusan bagi peringkat ini akan diumumkan pada 24 April 2023.

Syabas diucapkan kepada Cikgu Lerry David atas kejayaan ini. Semoga beliau berjaya di peringkat seterusnya dan semoga menjadi pemenang keseluruhan!

Lagi pencapaian warga Sabah dan Sarawak yang pernah melakar sejarah:

Duo ‘Berkeperluan Khas’ Dari Sabah Rangkul Gelaran Juara Storytelling Di Australia
Laskarnita Dari Sarawak Ini Cipta Sejarah Diiktiraf Sebagai Juruteknik Bertauliah TLDM Yang Pertama
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Tak Mahu Jaga, Staff Perubatan Dakwa Ramai Ibu Bapa Sakit Dihantar Ke Hospital Sebelum Perayaan Anak Tak Mahu Jaga, Staff Perubatan Dakwa Ramai Ibu Bapa Sakit Dihantar Ke Hospital Sebelum Perayaan
Next Article Pelbagai Aktiviti Menarik, Anda Wajib Singgah Ke 'Giant Inflatable World in Borneo' Di Aeroville Mall Pelbagai Aktiviti Menarik, Anda Wajib Singgah Ke ‘Giant Inflatable World in Borneo’ Di Aeroville Mall

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?