• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Melakar Sejarah, Guru Dari Sabah Ini Memenangi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge

Oleh
ILB - AI
26 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Melakar Sejarah, Guru Dari Sabah Ini Memenangi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge

Syabas, cikgu!

Melakar Sejarah, Guru Dari Sabah Ini Memenangi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge. Dilaporkan seorang guru dari Sabah telah memenangi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022.

Cikgu Khalifa Affnan, seorang guru vokasional dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah, juga merupakan guru warga Malaysia yang pertama memenangi anugerah berprestij ini!

Melakar Sejarah, Guru Dari Sabah Ini Memenangi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge

Guru Malaysia pertama yang dipilih sebagai pemenang untuk peringkat global dan serantau

Khalifa diiktiraf atas inisiatifnya dalam projek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang menyaksikan beliau melatih pelajar dalam robotik, dron, pengekodan serta disiplin lain yang berasaskan teknologi yang lain.

Menurut Cambridge University Press, usaha beliau telah meningkatkan penyertaan aktif pelajar perempuan dan pelajar keperluan khas dalam aktiviti STEM.

Students trying their hands on robotics during the ESTEEM introductory classes at the Karpal Singh Penang Learning Centre in Jalan Kaki Bukit. GEORGE CHEAH /The Star / 23 Jan 2015

Dalam satu kenyataan, Khalifa menyatakan minat beliau dalam bidang STEM tercetus ketika beliau menyertai program pertukaran guru anjuran Teachers Professionalism Division.

Pengalaman itu meluaskan fikira saya tentang dunia teknologi dan membuka mata saya kepada mekanik di sebalik dron, robotik, pengekodan dan banyak lagi. Ini menyemarakkan semangat saya dalam mengajar subjek berasaskan ICT, selain daripada subjek berasaskan bahasa yang saya sudah mengajar,’

katanya lagi.

Satu peristiwa penting bagi guru Malaysia

Pengarah Cambridge University Press untuk Asean, Kanjna Paranthaman, turut berkata kemenangan Khalifa adalah sebuah peristiwa penting bagi guru Malaysia.

Katanya, beliau amat berbangga melihat seorang guru dari Malaysia memenangi anugerah berprestij ini di peringkat global dan serantau.

Ini adalah peristiwa penting untuk guru di Malaysia dan menunjukkan kualiti guru yang kita ada di negara ini. Program STEM Khalifa telah memberi impak yang besar dalam memastikan semua orang dalam komunitinya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti,’

ujarnya lagi.

Ditubuhkan pada tahun 2018 dan dikendalikan oleh Cambridge University Press, anugerah ini merupakan sebuah pertandingan global yang mengiktiraf dan meraikan usaha para pendidik di seluruh dunia.

Lebih daripada 7,000 pencalonan dari 113 negara telah diserahkan untuk pertandingan ini untuk edisi 2022 dan Cikgu Khalifa telah disenarai pendek sebagai salah satu pemenang serantau dari negara Australia, New Zealan serta rantau Asia Tenggara.

Kredit foto: Cambridge Dedicated Teacher Awards 2022

Untuk dicalonkan, seorang guru hendaklah dicalonkan oleh pelajar, guru dan orang awam lain jika mereka berpendapat guru berkenaan telah memberi kesan kepada mereka – sama ada dengan menunjukkan idea pelajaran yang inovatif, mempromosikan kerja amal, penjagaan pastoral yang hebat atau memberi inspirasi kepada pelajar di luar sekolah.

Selepas pencalonan, guru diukur berdasarkan impak mereka, menghasilkan senarai pendek enam pemenang wilayah oleh hakim pakar. Untuk memilih pemenang global, orang ramai digalakkan untuk mengundi guru pilihan mereka.

Khalifa menerima 26% undian untuk diumumkan sebagai pemenang.

“Saya amat berterima kasih kepada Anugerah Guru Dedikasi Cambridge kerana memberi saya pengiktirafan ini dan mendorong saya untuk memacu ke hadapan,”

katanya.

Khalifa akan menerima set kelas buku dan dan sumber digital pilihan oleh Cambridge University Press, serta pakej pembangunan profesional.

Beliau juga akan diberi penghormatan untuk dipaparkan di hadapan setiap buku teks Cambridge University Press Education mulai Februari 2023 dan seterusnya.

Satu pencapaian yang hebat! Syabas diucapkan kepada Cikgu Khalifa dan semoga beliau sentiasa memberi impak yang lebih besar dan bermakna kepada para pelajarnya!

Lagi di sini:

SUMBER :MALAY MAIL
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Salah Faham Antara Sekolah Lain Jadi Sebab Pergaduhan Beramai-Ramai Di Sandakan
Next Article Hilang Kawal Semasa 'Menyelit', Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen Hilang Kawal Semasa ‘Menyelit’, Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?