• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tewaskan 3,500 Pasukan Di Dunia, Pelajar Sekolah Sarawak Juara Dunia Pertandingan Robotik

Oleh
Ismail NA
4 Disember 2019
Kongsi
3 Min Bacaan
Tewaskan 3,500 Pasukan Di Dunia, Pelajar Sekolah Sarawak Juara Dunia Pertandingan Robotik

Pasukan Robotik Paling Cemerlang Sepanjang 2019!

Tewaskan 3,500 Pasukan Di Dunia, Pelajar Sekolah Sarawak Juara Dunia Pertandingan Robotik
Tewaskan 3,500 Pasukan Di Dunia, Pelajar Sekolah Sarawak Juara Dunia Pertandingan Robotik. Kredit : FB MakeX

Tewaskan 3,500 Pasukan Di Dunia, Pelajar Sekolah Sarawak Juara Dunia Pertandingan Robotik. Mencipta robot bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi ia memerlukan kepakaran serta daya penyelesaian masalah yang tinggi bagi membolehkan sesebuah robot dapat berfungsi dengan baik. Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil bagi sekumpulan pelajar sekolah menengah di Sarawak apabila mereka berjaya merangkul gelaran juara dunia dalam Pertandingan MakeX International Robot Competition. Wow!

Sarawak Blue Team dari SMK Jalan Arang, Kuching Ungguli MakeX Starter – City Guardian

Untuk pengetahuan anda, pasukan Malaysia ini diwakili oleh sekumpulan pelajar sekolah menengah daripada SMK Jalan Arang, Kuching. Pasukan Sarawak Blue Team yang dianggotai oleh Joel dan Hii Tuong ini dinobatkan sebagai juara dunia bersama pasukan dari Turki. Mereka telah mengungguli kategori MakeX Starter – City Guardian.

Tewaskan 3,500 Pasukan Di Dunia, Pelajar Sekolah Sarawak Juara Dunia Pertandingan Robotik
Kredit : FB MakeX

Pertandingan Untuk ‘Genius’ Muda Robotik Seluruh Dunia, Wei!

https://www.youtube.com/watch?v=TDX62k0FsMw

Pertandingan yang dianjurkan oleh Makeblock, sebuah syarikat penyedia solusi pendidikan berdasarkan STEAM (Science, Technology, Engineering, Art and Mathematics) ini telah pun diadakan di 30 buah negara di seluruh dunia. Pada tahun ini, sebanyak 3,500 pasukan telah mengambil bahagian dalam lebih 5,000 pertandingan di seluruh dunia sehingga mereka terpilih ke peringkat antarabangsa.

Pertandingan MakeX International Robot Competition ini disertai oleh pelajar sekolah dari seluruh dunia yang berumur 6 hingga 18 tahun dalam beberapa kategori. Antaranya ialah MakeX Spark – My City, MakeX Starter – City Guardian, MakeX Challenge – Courageous Traveller dan MakeX Premier – Strong Alliance.

Team Asal Sarawak Juga Sapu Anugerah Open-Source Innovation

Selain itu, sebuah lagi pasukan asal Sarawak yang diberi nama Sarawak Red Team pula dianugerahkan Open-source Innovation Award bersama dua lagi pasukan yang lain iaitu Dongsheng Team dari China dan The Cross dari Indonesia. Betul-betul maniac lah!

Kredit : FB MakeX
Kredit : FB MakeX

Tahniah diucapkan kepada pasukan dari Sarawak ini kerana telah mengharumkan nama negara sekaligus membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang robotik.

Jangan lupa like dan share berita kemenangan ini kepada semua! Ooohaa!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bonus RM500 Dari Kerajaan Sarawak Untuk Kakitangan Awam Persekutuan Di Sarawak
Next Article Subway Pertama Di Sabah Kini Dibuka Di IMAGO Shopping Mall Subway Pertama Di Sabah Kini Dibuka Di IMAGO Shopping Mall

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?