fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pengganti MSG Idea Pelajar Sarawak Menang Anugerah Siber Genius Antarabangsa di Korea

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
12 November 2019
AJAIB! Daun Liar di Hutan Borneo Ini Beri Rasa Mirip Ajinomoto
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Inovasi Pengganti MSG dan Sudu Plastik Mesra Alam Bawa Tuah!

Pengganti MSG Idea Pelajar Sarawak Menang Anugerah Siber Genius Antarabangsa di Korea. Bakat dan kepintaran anak Sarawak sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Terbaharu, sekumpulan pelajar Sarawak daripada sebuah sekolah menengah di Miri telah mendapat beberapa anugerah antarabangsa pada 2 hingga 3 November di Seoul, Korea. Bukan kaleng-kaleng!

Pengganti MSG Idea Pelajar Sarawak Menang Anugerah Siber Genius Antarabangsa di Korea
(Dari kiri) : Daniel, Eugenia, Nurnaziha, Sie Siek, pegawai Sarawak Multimedia Authority (SMA) Faizzul Dahlan Sarkawi, Normah, Forinna, Allycia, Zhen Yen, dan Natalie yang mewakili SMK Riam, Miri ke Seoul, Korea. Kredit : The Borneo Post

Ciptaan Kiub Daun Tubu Menang Pingat Emas

Kumpulan Tborneo yang diwakili oleh Natalie Gituen Liso, Law Zhen Yen, dan Allycia Nanu Bong dari SMK Riam, Miri telah memenangi pingat emas World Inventors Association (WIA) serta anugerah khas untuk ciptaan perasa semulajadi dalam bentuk serbuk dan kiub berasaskan daun tubu (Pycnarrhena tametacta) sebagai pengganti MSG. Untuk pengetahuan anda, daun tubu merupakan tumbuhan yang telah digunakan oleh masyarakat tempatan di Kepulauan Borneo sebagai penyedap rasa atau umami sejak turun temurun. Bagi penduduk di bahagian Kalimantan Barat, daun ini disebut sebagai daun sengkubak. Ia kebiasaannya dicampur ke dalam masakan. Yes, Pengganti MSG Idea Pelajar Sarawak Menang Anugerah Siber Genius Antarabangsa di Korea

ADVERTISEMENT
AJAIB! Daun Liar di Hutan Borneo Ini Beri Rasa Mirip Ajinomoto
Daun tubu dalam bentuk yang telah dikisar dan dicampurkan ke dalam makanan. Kredit : Kumparan.com

Artikel berkaitan : AJAIB! Daun Liar di Hutan Borneo Ini Beri Rasa Mirip Ajinomoto

Sudu ‘Go Green’ Team Yucava Ungguli Pingat Perak dan Anugerah Khas

Pengganti MSG Idea Pelajar Sarawak Menang Anugerah Siber Genius Antarabangsa di Korea
Gambar hiasan. Kredit : Sinar

Bukan itu sahaja, sebuah lagi kumpulan dari sekolah yang sama, Team Yucava yang dianggotai oleh Daniel Dennis, Nurnaziha Hasmady, dan Eugenia Lavang Jalong juga tidak kurang hebatnya apabila memenangi Pingat Perak sekaligus membawa pulang Anugerah Khas Asian Invention Creativity Association (AICA). Ciptaan ajaib yang membawa kemenangan anugerah ini kepada Team Yucava ialah inovasi pengganti sudu plastik yang lebih mesra alam. Sememangnya ciptaan mesra alam dan ‘go green‘ ini menjadi sesuatu yang sangat diterima dalam kalangan komuniti di dunia sekarang, bukan?

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Sapu Habis Anugerah, Kalahkan 70 Kumpulan Daripada 12 Negara

Selain itu, guru-guru pengiring yang terdiri daripada Forinna Rosini Lanity, Law Sie Siek, dan Enjila Ales juga turut menerima anugerah CIGIF Teacher Achievement Award. Pencapaian anak Sarawak di peringkat antarabangsa ini cukup mengagumkan kerana mereka telah berjaya mengalahkan sebanyak 70 buah kumpulan daripada 12 buah negara yang bertanding seperti Kanada, Korea, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Amerika Syarikat, dan Indonesia pada peringkat akhir.

ADVERTISEMENT
Kredit : gfycat.com

Tahniah diucapkan kepada pelajar Sarawak ini kerana telah berjaya mengharumkan nama Sarawak di pentas antarabangsa. Ramai sebenarnya anak Sarawak yang berbakat dalam pelbagai bidang. Hanya perlu dicungkil, diasah dan digilap sahaja. Barulah Sarawak akan terus mansang ke depan.

Jangan lupa like dan share post ini!

ADVERTISEMENT
Share19482Tweet45SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy