I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah

Oleh Nur Afifah 24 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Lokasi yang strategik dan sesuai untuk pengunjung yang gemar berjalan kaki.

The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah. Dari luar nampak macam rumah mewah klasik yang terjaga rapi. Apatah lagi ianya berada di tengah Bandaraya Kuching. Penampilan inilah yang menjadi daya tarikan unik sebuah rumah penginapan atau disebut ‘lodge’ yang diberi nama The Marian Boutique Lodging House.

Berada di kawasan bukit Wayang Street, The Marian ini sebenarnya begitu strategik untuk pengunjung yang gemar meneroka pelosok Bandaraya Kuching. Dari sini, anda boleh berjalan kaki ke Carpenter Street, Tebingan Kuching dan Pusat Beli Belah Plaza Merdeka.

The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah
The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah.

Rumah tiga generasi yang sarat sejarah

Pasti anda tidak menyangka bahawa rumah ini sebenarnya sudah berusia 137 tahun! Sedikit info mengenai The Marian ini, ianya dibina oleh pedagang dari China iaitu mendiang Ong Ewe Hai yang ingin menjadikan Kuching sebagai tempat kediaman tetapnya. Pengjirahan keluarga Ong ke Sarawak ini berasal usul daripada daripada bapanya yang berasal dari wilayah Fukien, China untuk menjalankan aktiviti perniagaan di Singapura.

Sebagai seorang ahli perniagaan Cina yang percaya dengan kedudukan geomantik, beliau memilih kawasan rumahnya dengan berhati-hati. Akhirnya, kawasan bukit ini menjadi pilihan memandangkan ia berdepan dengan pemandangan sungai. Malah, rumah kedainya juga dibina bersebelahan dengan rumah ini.

Rumah ini siap sepenuhnya pada tahun 1885, dibina dengan menggunakan kayu belian dan bata bakar. Ia juga sempat menempatkan tiga generasi keluarga Ong, iaitu keluarga Ong Ewe Hui, kemudian keluarga anaknya, Ong Tiang Swee, serta turut menjadi tempat kelahiran Tan Sri Ong Kee Hui, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Rumah ini kemudiannya dijual kepada Misi Anglikan untuk beberapa ribu dolar dan bertukar menjadi rumah tumpangan pada tahun 1933.

The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah

Masih utuh dek kerana kayu belian

Ciri paling unik yang ada pada rumah inap ini adalah struktur dalaman yang masih mengekalkan keaslian rumah asal. Pintu kayu dan tingkap yang boleh dibuka luas. Hiasan dalaman juga ringkas dan cukup menenangkan. Ditambah pula dengan sedikit elemen Sarawakiana, memang sedap mata memandang.

The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah
The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah
The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah

Selain ruang bilik yang selesa, minimalis dan serba putih, The Marian turut memiliki fasiliti seperti kolam renang, ruang tamu untuk berehat dan santai, dan galeri cenderamata. Untuk penginapan selama 3 hari 2 malam, anda boleh menjangkakan anggaran harga sekitar RM 220. Not bad kan?

The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah
The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah

Untuk tempahan, anda boleh mencarinya rumah inap di platform tempahan penginapan seperti Booking.com, Agoda atau pergi ke laman sesawang mereka, www.themarian.com.my.

Jika anda menginap di sini, anda juga boleh singgah ke restoran yang bersambung dengan The Marian iaitu Kantin @ The Granary, restoran makanan fusion Sarawak.

Kalau nak tahu info lebih lanjut tentang restoran ini, berikut adalah artikel yang telah kami tulis sebelum ini:

Menyajikan Makanan Fusion Unik, Anda Mesti Cuba Menu Di Kantin at The Granary Kuching
Kenali Black Bean Coffee, ‘Starbucks’ Tempatan Kuching Yang Original
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 4 Idea Resipi Mudah Untuk Jamuan Hari Krismas Anda Tahun Ini
Next Article Rancang Cuti Anda, Berikut Adalah Tarikh Lengkap Cuti Persekolahan 2023/2024 Di Sarawak Rancang Cuti Anda, Berikut Adalah Tarikh Lengkap Cuti Persekolahan 2023/2024 Di Sarawak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?