• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 4 Idea Resipi Mudah Untuk Jamuan Hari Krismas Anda Tahun Ini

Oleh
Ismail NA
24 Disember 2022
Kongsi
7 Min Bacaan

Tak semestinya kena buat hidangan yang grand-grand. Yang penting, kita enjoy!

Isi Isi Penting
  • 1. Chinese style crispy roasted duck (itik grill rangup)
  • 2. Ayam grill ala Thai
  • 3. Steak daging
  • 4. Cocktail buah-buahan

Ini 4 Idea Resipi Mudah Untuk Jamuan Hari Krismas Anda Tahun Ini. Musim perayaan kembali lagi! Bagi anda yang masih tercari-cari, nak masak apa sempena perayaan Krismas tahun ini, kami cadangkan anda untuk mencuba resipi yang ringkas dan sedap ini.

Hasilnya pasti memuaskan. Cayalah.

1. Chinese style crispy roasted duck (itik grill rangup)

Resepi ini tular di media sosial apabila seorang chef pempengaruh, Jia Le Woh memuat naik resipi ringkas ini di laman Facebook nya. Dengan rupa yang sangat menggiurkan, resipi ini telah berjaya mendapat lebih 7,000 perkongsian semula. Wah, mesti cuba ni!

Ini 4 Idea Resipi Mudah Untuk Jamuan Hari Krismas Anda Tahun Ini
Ini 4 Idea Resipi Mudah Untuk Jamuan Hari Krismas Anda Tahun Ini. Kredit: IG Jia Le Woh
Ini 4 Idea Resipi Mudah Untuk Jamuan Hari Krismas Anda Tahun Ini

Bahan-bahan

  • 1 ekor itik
  • 2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh rempah Chinese Five Spices
  • 1 sudu teh herba campuran
  • 1 inci halia cincang
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 2 ulas bawang merah cincang
  • 1 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 2 helai daun salam (bay leaves)
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar maltose
  • 2 sudu air panas

Cara-cara membuat

  1. Bersihkan itik. Masukkan garam, gula, rempah Chinese Five Spices dan herba campuran ke bahagian dalam itik dan sapu rata.
  2. Kemudian, masukkan halia, bawang putih, bawang merah, bunga alwang, kayu manis, dan daun salam ke dalam bahagian dalam itik dan ulang langkah yang sama.
  3. Tutup bahagian bawah itik menggunakan lidi bagi mengelakkan jus nya keluar.
  4. Masukkan itik dalam air yang mendidih dan biarkan sehingga kulitnya kecut.
  5. Sementara itu, campurkan cuka, maltose dan air panas. Kacau sebati. Campuran ini bertujuan untuk memberikan pewarna dan rupa yang crispy kepada itik itu nanti. Setelah siap, sapukan campuran ini ke seluruh bahagian badan itik yang telah diangkat dari air mendidih tadi.
  6. Masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius, selama 1 jam 20 minit.
  7. Dah siap! Boleh potong dan hidangkan bersama keluarga.

Untuk langkah penuh resipi, boleh rujuk video berikut;

2. Ayam grill ala Thai

Resipi ini memang cun kalau nak makan besar ramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan. Sambil tu, boleh lah minum air gas dan bersantai berborak tentang masa depan, perkembangan terkini dan menjawab persoalan bila nak kahwin. Eh. 😅

Resipinya mudah sahaja.

Ini 4 Idea Resipi Mudah Untuk Jamuan Hari Krismas Anda Tahun Ini
Kredit: seasonwithspice.com

Bahan-bahan:

  • Kepak ayam/paha ayam (ikut citarasa)
  • Serbuk bawang putih
  • Sos tiram
  • Madu
  • Lada hitam
  • Garam

Cara-cara membuat

  1. Bersihkan ayam. Gaul kesemua bahan-bahan dengan ayam dan perap selama beberapa jam. Untuk rasa yang lebih enak, anda juga boleh memerap ayam semalaman.
  2. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 35 minit. Balikkan ayam sekitar minit ke-15.
  3. Siap untuk hidangan fiesta bersama keluarga dan rakan-rakan! Makan bersama sos cili Thai untuk rasa yang memuaskan.

*Tips – Be extra! Jangan takut untuk bubuh bahan-bahan untuk mendapatkan rasa yang padu dan mantap.

3. Steak daging

Kalau pergi ke restoran, memang terbeliak juga lah mata mengenangkan harga satu pinggan hidangan steak ni. Beratus-ratus yer. Tapi, tahukah anda sebenarnya anda boleh menikmati hidangan ini dengan lebih jimat di rumah sahaja pada hari Krismas ini? Jimat-jimat pun jimat, lebih penting lagi sedap daripada restoran fine dining.

Ini 4 Idea Resipi Mudah Untuk Jamuan Hari Krismas Anda Tahun Ini
Kredit: Diethood

Tak percaya? Sebab itulah anda kena cuba sendiri. Ini resipinya.

Bahan-bahan

  • Daging rib eye
  • Garam
  • Lada hitam
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 batang daun rosemary
  • 3 ulas bawang putih (hanya cuci dan tidak perlu buang kulit)

Cara-cara membuat

  1. Cuci daging dan keringkan permukaan daging yang basah menggunakan tisu. Kemudian, sapu sedikit garam dan lada hitam. Biarkan seketika.
  2. Panaskan kuali leper dengan mentega. Setelah mentega cair, masukkan batang daun rosemary berserta bawang putih. Tunggu sehingga sedikit panas.
  3. Masukkan daging. Sambil-sambil, simbahkan mentega yang ada di dalam kuali ke atas permukaan daging. Terbalikkan daging jika bahagian bawah sudah mula bertukar keperang-perangan. Bergantung kepada citarasa tahap daging anda masak, anda boleh mula menterbalikkan daging pada minit ke-7 hingga 15.
  4. Anda boleh mengangkat daging ke atas papan pemotong dan lihat sama ada ia sudah masak mengikut citarasa anda. Anda boleh memasukkannya semula ke dalam kuali jika anda tidak berpuas hati.
  5. Setelah masak, biarkan daging anda seketika di atas papan pemotong sebelum menghidang atau memotongnya.
  6. (Pilihan) Hidangkan bersama kentang putar dan brokoli celur untuk vibe steak setanding di restoran fine dining!

4. Cocktail buah-buahan

Siapa-siapa yang nampak cocktail ini di mana-mana jamuan perayaan, mesti rasa tak sabar nak kaut dalam gelas masing-masing. Kalau masih rasa tak puas hati juga lepas balik dari ‘ngabang’ rumah kawan masa Krismas, senang sahaja kalau nak buat sendiri. Kali ini, buat lah untuk hidangan rumah anda pula.

Ini 4 Idea Resipi Mudah Untuk Jamuan Hari Krismas Anda Tahun Ini
Kredit: TikTok @kyraamiraa

Bahan-bahan

  • 1 biji buah naga merah
  • Satu jambak anggur
  • 1 biji epal merah
  • 1 biji epal hijau
  • 1 biji buah mangga (dipotong dadu)
  • 1 tin buah-buahan tin campuran
  • 1 tin laici
  • 1 1/2 tin susu cair
  • Susu pekat manis (ikut selera)
  • Yogurt
  • Ais

Cara-cara membuat

  1. Potong buah-buahan dalam bentuk dadu termasuk buah naga, anggur, epal dan mangga.
  2. Masukkan buah-buahan campuran dalam tin serta laici bersama potongan buah sebelumnya.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat, dan yogurt. Kacau sebati. *Pilihan – Anda juga boleh menambah sagu yang siap dimasak untuk lebih rasa tradisional.
  4. Akhir sekali, masukkan ais dan kacau lagi. Sedia untuk dihidang!

Kalau masih tak pasti macam mana, ikut sahaja panduan video resipi yang dikongsikan oleh TikTok @kyraamiraa ini:

@kyraamiraa

Nak pergi kedai kieda crepe kat penang jauh sangat , kita buat sendiri jela #MYFoodie #foodreview #fyp #mekmiramasak

♬ Every Second – Mina Okabe

Amacam? Semoga dengan idea resipi ini, musim perayaan anda kali ini lebih meriah dan diraikan dengan lebih bermakna bersama keluarga dan insan tersayang. Selamat mencuba!

Lagi resipi lain yang boleh anda cuba:

Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat
Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya
https://www.iloveborneo.my/terliur-dibuatnya-jom-cuba-resepi-umai-ikan-empirang-makanan-tradisional-kaum-melanau-di-sarawak/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Bulan Hilang Lepas Dilaporkan Rogol Murid Di Bintulu, Guru Ini Akhirnya Ditangkap Di Thailand
Next Article The Marian, Rumah Inap Di Tengah Kuching Yang Serba Klasik Dan Bersejarah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?