• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Lagi Daerah Berstatus Hijau Di Sarawak, Daerah Terakhir Simunjan Catat 1 Kes Hari Ini

Oleh
ILB - AI
2 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kesemua daerah di Sarawak telah mencatatkan sekurang kurangnya 1 kes aktif.

Tiada Lagi Daerah Berstatus Hijau Di Sarawak, Daerah Terakhir Simunjan Catat 1 Kes Hari Ini. Sarawak mencatatkan 587 kes baru COVID-19 pada hari ini. Sejumlah 67 peratus daripada kes hari ini dikesan di Daerah Mukah, Bintulu, Sibu, Kanowit dan Kuching.

Isi Isi Penting
  • Kesemua daerah di Sarawak telah mencatatkan sekurang kurangnya 1 kes aktif.
  • Simunjan catat 1 kes hari ini
  • 3 Kluster Baharu dan 4 kluster tamat
  • Baca juga artikel lain :

Daerah Mukah yang telah mencatatkan kes tertinggi iaitu 175 kes baharu, di mana 95 peratus kes merupakan penghuni di rumah panjang yang dikesan melalui aktiviti Active Case Detection (ACD) dan saringan kontak kepada kes positif, melibatkan rumah panjang di bawah PKPD.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Mukah (175), Bintulu (61), Sibu (57), Kanowit (56), Kuching (45), Kapit (37), Miri (30), Sri Aman (25), Sebauh (20), Song (14), Pakan (9), Serian (8), Meradong (7), Subis (7), Bau (6), Betong (5), Beluru (5), Tebedu (4), Lundu (4), Tanjung Manis (3), Matu (2), Samarahan (2), Tatau (1), Marudi (1), Julau (1), Dalat (1) dan Simunjan (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 31,691 kes

Daripada 587 kes baharu yang dilaporkan, seramai 47 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, seramai 523 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. 2 kematian juga dicatatkan di Sarawak hari ini.

Simunjan catat 1 kes hari ini

Daerah hijau terakhir di Sarawak iaitu Simunjan turut mencatatkan 1 kes positif COVID19 hari ini. Oleh itu secara rasminya hari ini merupakan kali pertama Sarawak tidak mempunyai walau satu pun daerah yang dikategorikan sebagai kawasan hijau.

Hari ini juga , Daerah Bau telah bertukar ke status Merah daripada Jingga setelah merekodkan sebanyak 45 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah meningkat kepada 24 daerah. Dengan kes di Simunjan juga, jumlah daerah berstatus Kuching di Sarawak telah meningkat kepada 12 daerah.

3 Kluster Baharu dan 4 kluster tamat

3 kluster baharu juga dicatatkan di Sarawak hari ini. 1 kluster di Bau, 1 kluster di Bintulu dan 1 kluster di Sri Aman. 4 kluster pula diisyiharkan tamat selepas tiada kes baru dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas. Ini menjadikan kluster yang masih aktif di Sarawak adalah sebanyak 78 kluster.

Sementara itu, 5 buah rumah panjang di Mukah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 3 Mei ini manakala Pelanjutan PKPD pula dikenakan kepada 2 buah lagi rumah panjang di Pakan dan juga di Julau.

Berdasarkan data yang disediakan hari ini, sebanyak 6075 kes masih aktif di Sarawak dengan 55 kes kini berada di unit rawatan rapi (ICU). 587 PUI juga dicatatkan hari ini.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 160 Ribu Temujanji Vaksin Astra Zeneca Ditempah Dalam 2 Jam
Next Article Semua Sekolah Di Bau Diarahkan Tutup Bermula Hari Ini Sehingga Diberitahu Kelak – JPN

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?