• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Semua Sekolah Di Bau Diarahkan Tutup Bermula Hari Ini Sehingga Diberitahu Kelak – JPN

Oleh
Nazihah AN
3 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Diarahkan tutup semua sekolah di Bau setelah daerah tersebut diklasifikasikan dalam Zon Merah COVID-19

Semua Sekolah Di Bau Diarahkan Tutup Bermula Hari Ini Sehingga Diberitahu Kelak – JPN. Dilaporkan bahawa, semua sekolah di Bau diarahkan tutup hari ini sehingga diberitahu kemudian. Pengumuman tersebut dikeluarkan setelah daerah tersebut diisytiharkan zon merah COVID-19.

Isi Isi Penting
  • Diarahkan tutup semua sekolah di Bau setelah daerah tersebut diklasifikasikan dalam Zon Merah COVID-19
  • Bau telah diisytiharkan Zon Merah dari Zon Jingga setelah dicatat 45 jumlah kes tempatan dua minggu lepas
  • Empat daerah Zon Jingga 13 lagi Zon Kuning
  • Baca Lagi Di Sini:

ADUN Tasik Biru YB Dato Henry Harry Jinep telah membuat pengumuman di sosial media setelah menerima utusan dari Pegawai Pelajaran Daerah Bau, Charlie Unggang.

“Untuk makluman, semua sekolah di daerah Bau akan di tutup mulai esok, 3hb Mei 2021 hingga ke satu tarikh yang akan di umumkan kemudian oleh JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) berikutan pengumuman daerah ini di klasifikasikan dalam zon merah COVID-19.”- kata Harry di laman Facebook beliau yang telah disiarkan pada 2 Mei 2021.

Semua Sekolah Di Bau Diarahkan Tutup Bermula Hari Ini Sehingga Diberitahu Kelak - JPN
Semua Sekolah Di Bau Diarahkan Tutup Bermula Hari Ini Sehingga Diberitahu Kelak – JPN. Sumber Facebook

Bau telah diisytiharkan Zon Merah dari Zon Jingga setelah dicatat 45 jumlah kes tempatan dua minggu lepas

“Setelah mengadakan perbincangan panjang dengan Pengarah Pendidikan, keputusan telah dibuat bahawa semua sekolah di Bau akan ditutup mulai esok.” Selit beliau di dalam perkongsian di laman Facebook, Harry juga menyatakan mesej yang diterima dari Tuan Charlie Unggang berkenaan dengan keputusan tersbeut pada hari Ahad semalam (2 May).

Semalam, Bau telah diisytiharkan Zon Merah dari Zon Jingga setelah dicatat 45 jumlah kes tempatan dua minggu lepas. Sehubungan dengan itu, terdapat 24 daerah dalam Sarawak diisytihar sebagai Zon Merah, semalam.

Semua Sekolah Di Bau Diarahkan Tutup Bermula Hari Ini Sehingga Diberitahu Kelak - JPN
Semua Sekolah Di Bau Diarahkan Tutup Bermula Hari Ini Sehingga Diberitahu Kelak – JPN

Selain daripada Bau, daerah yang diisytihar zon merah dalam Sarawak ialah Sebauh, Sri Aman, Julau, Lundu, Pakan, Song, Tatau, Bukit Mabong, Kanowit, Selangau, Saratok, Subis, Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

Empat daerah Zon Jingga 13 lagi Zon Kuning

Selebihnya empat daerah Zon Jingga COVID-19 ialah Matu, Belaga, Tanjung Manis dan Betong. Manakala Kabong, Marudi, Telang Usan, Lawas, Asajaya, Pusa, Dalat, Daro, Lubok Antu, Tebedu dan Limbang adalah Zon Kuning selain daripada Simunjan.

Baca Lagi Di Sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada Lagi Daerah Berstatus Hijau Di Sarawak, Daerah Terakhir Simunjan Catat 1 Kes Hari Ini
Next Article Hasil Gigih Anak Kelahiran Sarawak Terbalas, Terima Anugerah Pelajaran DiRaja UKM

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?