• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Lagi Imej Pedalaman, Abang Jo Bakal Ubah Sibujaya Jadi Sebuah Bandar

Oleh
Aina Musa
8 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Tiada Lagi Imej Pedalaman, Abang Jo Bakal Ubah Sibujaya Jadi Sebuah Bandar

Sibujaya bakal jadi sebuah bandar

Tiada Lagi Imej Pedalaman, Abang Jo Bakal Ubah Sibujaya Jadi Sebuah Bandar. Tidak lagi berimejkan pedalaman, Sibujaya kini mencerminkan identiti sebuah bandar raya. Itu gambaran yang diberikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Karnival Konsert Sibujaya 2023 di Sibu, pada Sabtu.

“Apabila saya masuk ke Sibu Jaya rasa-rasa saya masuk ke negeri yg lain kerana Sibu Jaya sudah berubah dan landskap pun berubah dengan penuh warna warni.

Tiada Lagi Imej Pedalaman, Abang Jo Bakal Ubah Sibujaya Jadi Sebuah Bandar
Tiada Lagi Imej Pedalaman, Abang Jo Bakal Ubah Sibujaya Jadi Sebuah Bandar. Kredit: Astro Awani

“Ini menunjukkan bahawa Sibu Jaya bukanlah lagi kawasan yang di dalam pedalaman, seolah-olah sebuah bandar raya yang cantik sekali,” katanya.

Katanya lagi, beliau turut kagum dengan gaya hidup penduduk pelbagai kaum di kawasan tersebut, yang seolah-olah hidup di bawah satu bumbung biarpun berlainan bangsa dan agama.

Tiada Lagi Imej Pedalaman, Abang Jo Bakal Ubah Sibujaya Jadi Sebuah Bandar

“Saya ucap tahniah kepada orang Sibu Jaya kerana dapat tinggal dalam keadaan yang begitu harmoni sekali seperti masyarakat Iban, Melayu, Melanau dan Cina duduk satu keluarga yang bahagia tidak kira latar belakang.

“Mereka semua dapat hidup bersama bagai satu keluarga di bawah bumbung yang sama dan itulah Sibu Jaya seperti slogan Segulai Sejalai,” ujarnya lagi.

Sibu Jaya merupakan sebuah penempatan yang terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Sibu.

Ia dibangunkan oleh perbadanan perumahan sarawak dan Amcorp Properties Berhad di tanah seluas 1,200 ekar pada 1995 dan kini dihuni oleh sekitar 25,000 penduduk pelbagai kaum.

Selain tiga buah sekolah, kawasan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti masjid, balai polis, dewan serbaguna, perpustakaan awam, pasar dan tamu, klinik-klinik kesihatan dan taman awam.

Tiada Lagi Imej Pedalaman, Abang Jo Bakal Ubah Sibujaya Jadi Sebuah Bandar

Lebih 1,000 orang hadir dalam konsert terbuka tersebut yang turut menampilkan penyanyi Dayang Nurafizah, Hafiz Shuib dan Bob AF.

Tetamu yang turut hadir ke konsert tersebut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan

Pembangunan Bakat, Datuk Annuar Rapa’ee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) Sarawak, Michael Tiang Ming Tee dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amcorp Berhad, Tan Sri Azman Hashim.

Baca lagi artikel menarik:

Abang Jo: Bandar Sibu Akan Dibangunkan Semula Seperti Belanda
Bukan Sekadar Angan-angan, Abang Jo Serius Impikan Pembangunan Sibu Seperti Amsterdam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persembahan Taeyang Dan Suho Buat Penonton Tak Senang Duduk Di Borneo Sonic Music Festival
Next Article Sudah Kenal Dari Kecil Lagi, Putera Mateen Bakal Mendirikan Rumah Tangga Januari Tahun Depan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?