• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Lagi ‘Kepala Kuda’, Tusan Cliff Di Miri Runtuh

Oleh
Ismail NA
22 Februari 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Hilangnya Lambang Ikonik Miri

Tiada Lagi ‘Kepala Kuda’, Tusan Cliff Di Miri Runtuh. Batu kepala kuda atau sebenarnya tebingan batu merupakan tarikan utama pengunjung ke Pantai Tusan selain keindahan pantai dan pemandangan matahari terbenam. Namun demikian, sebuah saluran Youtube melaporkan bahawa batu kepala kuda tersebut telah pun runtuh.

Penduduk Sekitar Terkejut Batu Runtuh, Masih Kelihatan Beberapa Hari Lalu

Tiada Lagi 'Kepala Kuda', Tusan Cliff Di Miri Runtuh
Tiada Lagi ‘Kepala Kuda’, Tusan Cliff Di Miri Runtuh. Sumber : Youtube Durian Flix

Menerusi saluran Youtube Durian Flix, batu tersebut didapati telah hilang dari tebingan Pantai Tusan. Setelah diterbangkan drone untuk mengenal pasti dengan lebih lanjut kedudukan batu tersebut, didapati bahawa lambang ikonik Miri tersebut telah pun runtuh. Untuk mendapatkan kepastian, individu dalam saluran tersebut menanyakan pekerja ladang berdekatan tentang kewujudan dan lokasi batu kepala kuda tersebut. Menurut pekerja tersebut, hanya ada satu sahaja batu berbentuk sedemikian di Pantai Tusan dan beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan bahawa struktur unik itu runtuh. Setelah dibawa sendiri ke lokasi batu tersebut, pekerja tersebut akhirnya mengesahkan bahawa batu tersebut telah runtuh.

Penduduk sekitar juga tidak mengetahui tentang runtuhan tarikan pelancongan utama di Miri itu. Namun, salah seorang penduduk tempatan menyatakan bahawa struktur batu tersebut agak tidak kukuh. Setakat ini, punca dan waktu runtuhan masih belum dapat dikenal pasti. Berkemungkinan ia berlaku dalam tempoh masa sehari atau dua hari lepas kerana batu kepala kuda ini masih kelihatan dalam minggu ini.

Kredit : National Geography

Tusan Cliff atau dikenali dengan jolokan batu ‘kepala kuda’ merupakan sebuah gerbang batu yang terhasil akibat hakisan ombak pantai. Gerbang batu ini menjadi satu tarikan pelancongan di Pantai Tusan kerana bentuknya yang menyerupai kepala kuda yang sedang menunduk seolah-olah menghirup air di pantai.

Walau pun perkara ini belum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan, namun jika benar batu kepala kuda ini telah runtuh, maka Miri kini kehilangan permata pelancongan nya.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hafizah Dari Sarawak Juarai Tahap 1 Majlis Tilawah & Menghafaz Al Quran Kebangsaan Tahun 1441H/2020M Hafizah Dari Sarawak Juarai Tahap 1 Majlis Tilawah & Menghafaz Al Quran Kebangsaan Tahun 1441H/2020M
Next Article Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat, Kesesakan Dan Beberapa Kemalangan Di Sekitar Kuching Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat, Kesesakan Dan Beberapa Kemalangan Di Sekitar Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?