• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tiada Lagi Vaksin Sukarela Astra Zeneca, Akan Kembali Dalam Senarai Program Imunisasi Kebangsaan

Oleh
Ismail NA
27 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara ini dimaklumkan oleh Khairy Jamaluddin dalam sidang media khas JKJAV hari ini.

Tiada Lagi Vaksin Sukarela Astra Zeneca, Akan Kembali Dalam Senarai Program Imunisasi Kebangsaan. Susulan sambutan yang sangat memberangsangkan daripada orang awam terhadap vaksin Astra Zeneca yang dibuka secara sukarela tempoh hari, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan hari ini bahawa vaksin tersebut tidak akan ditawarkan secara sukarela selepas ini.

Isi Isi Penting
  • Perkara ini dimaklumkan oleh Khairy Jamaluddin dalam sidang media khas JKJAV hari ini.
  • Boleh pilih vaksin selepas ini – Khairy
  • Kegagalan sistem tempahan Astra Zeneca, Khairy mohon maaf
  • Artikel berkaitan :

Sebaliknya, vaksin AZ tersebut akan dimasukkan semula dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Boleh pilih vaksin selepas ini – Khairy

Pembekalan yang diterima untuk bulan yang akan datang tidak akan dibuat secara ‘siapa cepat dia dapat’ lagi. Jelasnya lagi, kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk membolehkan orang ramai memilih vaksin yang mereka inginkan melalui aplikasi MySejahtera.

Tiada Lagi Vaksin Sukarela Astra Zeneca, Akan Kembali Dalam Senarai Program Imunisasi Kebangsaan
Tiada Lagi Vaksin Sukarela Astra Zeneca, Akan Kembali Dalam Senarai Program Imunisasi Kebangsaan

Khairy juga turut memohon maaf berkenaan kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai ketika membuat tempahan pada slot temu janji semalam secara sukarela bagi pusingan kedua (individu berusia 18 tahun ke atas) tengah hari semalam.

Kegagalan sistem tempahan Astra Zeneca, Khairy mohon maaf

Ramai pengguna yang kecewa dengan pengalaman pengguna atau user experience yang boleh dikatakan tidak memuaskan dan mengundang kritikan dan persoalan daripada orang ramai. Disebabkan kesulitan tersebut, ramai yang kecewa kerana gagal mendapat slot vaksin yang diingini sekaligus terlepas peluang awal untuk mendapatkan perlindungan vaksin.

Tambah Khairy, pihaknya mengakui kegagalan tersebut dan memberitahu bahawa ia boleh dilakukan dengan lebih baik dan cekap.

Tiada Lagi Vaksin Sukarela Astra Zeneca, Akan Kembali Dalam Senarai Program Imunisasi Kebangsaan

Bagi mereka yang belum sempat mendapatkan temu janji vaksin AZ, jangan risau. Anda masih boleh mendapatkan temu janji seperti biasa melalui MySejahtera selepas ini. Buat masa ini, pastikan anda menjaga kebersihan diri, mematuhi SOP dan menjaga jarak sosial.

Artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Katil ICU Sarawak Cecah Paras Kritikal, Rakyat Dilarang Ngabang Untuk Bendung Penularan Secara Drastik
Next Article Susulan PKP Sabtu Ini, Pembelian Panik Sudah Mulai Kelihatan Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?