• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tidak Gelap Gelita Lagi, Projek Pemasangan Lampu Jalan Dari Kpg Tambey – Asajaya Sedang Dijalankan

Oleh
ILB - AI
2 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tidak Gelap Gelita Lagi, Projek Pemasangan Lampu Jalan Dari Kpg Tambey - Asajaya Sedang Dijalankan

Buat masa ini, jalan di sepanjang Jambatan Samarahan telah dipasangkan lampu jalan

Tidak Gelap Gelita Lagi, Projek Pemasangan Lampu Jalan Dari Kpg Tambey – Asajaya Sedang Dijalankan. Dilaporkan jalan yang gelap gelita di sepanjang Jambatan Samarahan sehingga ke persimpangan keluar berhampiran Kampung Tambey kini mempunyai lampu jalan.

Projek ini merupakan sebahagian daripada pemasangan 600 lampu jalan di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) di sepanjang jalan dari Kpg Tambey ke Sampun, Asajaya.

Tidak Gelap Gelita Lagi, Projek Pemasangan Lampu Jalan Dari Kpg Tambey – Asajaya Sedang Dijalankan

Pemasangan lampu jalan akan diteruskan sehingga daerah Asajaya

Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, beliau berkata projek pemasangan lampu jalan ini akan diteruskan sehingga ke Daerah Asajaya.

Katanya menerusi sebuah perkongsian di Facebook, beliau berharap dengan penyelesaian projek ini, ia dapat memberi keselesaan dan rasa selamat kepada pengguna jalan raya terutamanya yang berulang-alik dari tempat kerja pada waktu malam.

Kredit: FB Rubiah Wang

Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual,”

ujarnya lagi.

Beliau mengumumkan ini selepas mengadakan lawatan kerja dengan Felcra untuk menyelia kawasan yang akan dipasang dengan lampu jalan.

Dua fasa pertama projek ini yang menelan kos RM23 juta akan melibatkan pemasangan hampir 3,800 tiang lampu di sepanjang jalan – bermula dari Stakan sehingga ke Muara Tuang, Asajaya, Simunjan, Sebuyau, Gedong dan Sadong Jaya.

Bagi Fasa Ketiga (atau fasa terakhir), ia dianggarkan akan menelan kos RM7 juta dan akan meliputi pemasangan lebih 3,000 lampu di jalan masuk ke kampung di semua kawasan pilihan raya.

Kredit: FB Rubiah Wang

Lagi di sini:

Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar
Tular Seorang Lelaki Di Sabah Dibelasah Kerana Mencuri Barang Keperluan, Raih Simpati Netizen
SUMBER :DAYAK DAILY
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Seorang Lelaki Di Sabah Dibelasah Kerana Mencuri Barang Keperluan, Raih Simpati Netizen Tular Seorang Lelaki Di Sabah Dibelasah Kerana Mencuri Barang Keperluan, Raih Simpati Netizen
Next Article Kitar Semula Barangan Elektronik Terpakai Di Senheng Dan SenQ Dapat Baucar, Ini Caranya Kitar Semula Barangan Elektronik Terpakai Di Senheng Dan SenQ Dapat Baucar, Ini Caranya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?