• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar

Oleh
Ismail NA
2 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Berpantang maut sebelum ajal.

Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar. Kegiatan merempit di negara ini sememangnya sukar untuk dihapuskan. Kaum remaja lelaki terutamanya, mendapati bahawa aktiviti sebegini memberikan mereka kepuasan adrenalin. Namun, impak buruknya bukan sahaja kepada diri mereka sendiri, bahkan juga kepada keluarga, rakan-rakan dan pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi sebuah video reels yang dimuat naik oleh sebuah akaun di Instagram, kelihatan sekumpulan remaja dilihat sedang membawa motorsikal dengan begitu laju di jalan raya awam yang turut dilalui kenderaan lain seperti kereta.

Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar
Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar. Sumber: Instagram

Terbabas laju, tak pakai helmet

Dalam video yang tidak diketahui lokasi tersebut, motorsikal yang ditunggang oleh salah seorang remaja berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas laju ke dalam belukar di pinggir jalan. Motorsikal yang ditunggang oleh remaja berkenaan turut terhempas masuk ke kawasan belukar yang sama dan dilihat mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan tersebut.

Aksi remaja dalam video berkenaan bukan sahaja merbahaya, tetapi juga mengancam nyawa kerana tidak menggunakan topi keledar keselamatan ataupun helmet.

View this post on Instagram

A post shared by KAKI C💫RNER OFFICIAL🏁•Est 2016• (@kakicorner_official)

Insiden tersebut disaksikan oleh sekumpulan lagi remaja bermotor di pinggir jalan raya. Meskipun ada komen yang mengatakan bahawa remaja tersebut hanya mengalami luka ringan dan calar, namun tidak dapat disahkan keadaan sebenar remaja terbabit.

Tahniah kerana dapat pendidikan direct dari Tuhan – Netizen

Video tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya memberi sindiran dan teguran sinis kepada remaja-remaja yang terlibat dengan aktiviti merempit yang membahayakan nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar
Sumber: Instagram
Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar
Sumber: Instagram
Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar
Sumber: Instagram
Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar
Sumber: Instagram
Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar
Sumber: Instagram

Diharap perkara ini menjadi pengajaran kepada remaja-remaja di luar sana. Di kala kita ingat untuk berseronok, kadang kala ajal boleh menjemput sekelip mata. Memang betul juga apa yang diperkatakan oleh netizen ni. Kalau lagak atas sejadah tu tak apa lah juga, ni lagak atas jalan raya, apa barang..

Kalau nak sangat berlumba, lumba atas litar yang betul. Kerajaan Sarawak dah ada perancangan nak buat satu:

Kerajaan Sarawak Rancang Bina Litar Lumba Sukan Permotoran Di Kuching
Padah Guna Motorsikal Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan
SUMBER :IG @kakicorner_official
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Tampar Pemain Perempuan, Jurulatih Lelaki Pasukan Melaka Kini Digantung
Next Article Itinerari Santai 3 Hari 2 Malam Ke Kuching (Kemaskini 2023)

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?