• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tidak Lagi Guna Zon, PKP Sarawak Kuatkuasakan Sempadan Perjalanan Mengikut Daerah

Oleh
Ismail NA
31 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Permit rentas daerah kini diperlukan untuk tujuan perkhidmatan perlu.

Tidak Lagi Guna Zon, PKP Sarawak Kuatkuasakan Sempadan Perjalanan Mengikut Daerah. Jika sebelum ini, sempadan perjalanan di Sarawak sewaktu PKPB ditentukan menggunakan sistem zon tetapi kini, tidak lagi.

Menerusi kenyataan media JPBNS bertarikh 31 Mei 2021, tiada lagi istilah zon untuk tempoh PKP. Sebaliknya, penggunaan sempadan berdasarkan daerah akan diguna pakai semula.

Selain itu, jumlah had penumpang di dalam sebuah kenderaan dikurangkan daripada 3 orang kepada 2 orang termasuk pemandu. Senarai sektor perkhidmatan perlu (essential services) juga ditambah dan dilakukan penyesuaian.

Tidak Lagi Guna Zon, PKP Sarawak Kuatkuasakan Sempadan Perjalanan Mengikut Daerah

Walau bagaimanapun, penyesuaian atau tambahan sektor ini belum diumumkan secara rasmi oleh JPBNS.

Tidak Lagi Guna Zon, PKP Sarawak Kuatkuasakan Sempadan Perjalanan Mengikut Daerah

Sekatan jalanraya tambahan oleh PDRM Sarawak di Kuching dan Samarahan

Hari ini juga, kelihatan khemah-khemah sekatan jalan raya tambahan telah didirikan di sekitar Kuching dan Samarahan bagi mengetatkan lagi penguatkuasaan PKP di negeri ini. Setakat ini, sekatan jalan raya tambahan diumumkan di beberapa lokasi berikut bermula 1 Jun (12.01 pagi) sehingga 14 Jun 2021 (11.59 malam);

  1. Jalan Expressway, Kota Samarahan (Berhampiran Jambatan Kuap)
  2. Jalan Kota Samarahan/Mambong (Berhampiran Taman Berlian)
  3. Jalan Dato’ Mohd Musa, Kota Samarahan (Berhampiran Kem Tentera Muara Tuang)
  4. Jalan Sadong Jaya/Simunjan (Berhampiran Jambatan Sadong Jaya)
  5. Jalan Ensengei/Baki, Kota Samarahan
  6. Jalan Lapangan Terbang (Berhadapan Lapangan Terbang Kuching)

Hari ini juga, Sarawak mencatatkan jumlah kes sebanyak 654 kes baharu dengan 3 kluster baharu diisytiharkan berkait dengan aktiviti ziarah Hari Raya dan pekerja sektor perkilangan.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gabungkan Nombor Dari Mimpi Dan Plat Kenderaan Bapa, Dua Beranak Dari Sarawak Raih Jackpot RM21.46 Juta
Next Article Ngepan Indu Iban Bertaraf Antarabangsa, Pernah Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Miss Universe

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?