• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tidak Mahu Bercerai, Lelaki Ugut Bunuh Isteri Di Jalan Penrissen Terima Padah

Oleh
Nazihah AN
12 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tidak Mahu Bercerai, Lelaki Ugut Bunuh Isteri Di Jalan Penrissen Terima Padah

Tertuduh juga mengugut untuk bunuh isteri dan ahli keluarganya

Tidak Mahu Bercerai, Lelaki Ugut Bunuh Isteri Di Jalan Penrissen Terima Padah. Telah dilaporkan bahawa, seorang lelaki terima padah hukuman penjara selama 8 bulan setelah disabitkan kesalahan kerana mengugut untuk membunuh isterinya dan ahli keluarganya atas alasan tidak ingin diceraikan oleh isterinya.

Dipetik dari The Borneo Post, Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali telah jatuhkan hukuman terhadap Bobin Bohan, 30 tahun selepas tertuduh disabitkan kesalahan atas pengakuan bersalahnya sendiri terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan semalam.

Mengikut keterangan kes, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya sendiri yang berusia 28 tahun dalam satu kejadian pada 14 Januari 2021, sekitar jam 11 malam di kediaman mangsa di Kampung Sinar Baru, Batu 14, Jalan Penrissen.

Tidak Mahu Bercerai, Lelaki Ugut Bunuh Isteri Di Jalan Penrissen Terima Padah
Tidak Mahu Bercerai, Lelaki Ugut Bunuh Isteri Di Jalan Penrissen Terima Padah. Gambar hiasan: Berita Harian

Tertuduh juga pernah datang ke pejabat mangsa dan mengganggunya ketika bekerja

Tertuduh juga bertindak untuk mengugut ahli keluarga mangsa sekiranya mangsa memfailkan penceraian ketika datang ke rumah mangsa pada hari kejadian. Tertuduh turut menendang kereta mangsa kerana tidak berpuas hati terhadap mangsa.

Selain itu, tertuduh juga pernah datang ke pejabat mangsa pada siang hari dan mengganggunya ketika bekerja. Difahamkan bahawa, pasangan tersebut telah berkahwin sejak 2011 dan mempunyai tiga anak bersama.

Bimbang dengan keselamatan dirinya dan keluarganya, mangsa telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada penangkapan tertuduh pada 23 Januari 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Di Media Sosial, Jambatan Usang Kampung Nelayan Tengah Di Sabah Akan Diperbaiki Segera Tular Di Media Sosial, Jambatan Usang Kampung Nelayan Tengah Di Sabah Akan Diperbaiki Segera
Next Article TERKINI _ Tidak Perlu Isi EnterSarawak Sekiranya Tidak Mempunyai Sejarah Ke Luar Negara Dalam 14 Har TERKINI : Tidak Perlu Isi EnterSarawak Sekiranya Tidak Mempunyai Sejarah Ke Luar Negara Dalam 14 Hari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?