• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Tidak Perlu Isi EnterSarawak Sekiranya Tidak Mempunyai Sejarah Ke Luar Negara Dalam 14 Hari

Oleh
Nazihah AN
13 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
TERKINI _ Tidak Perlu Isi EnterSarawak Sekiranya Tidak Mempunyai Sejarah Ke Luar Negara Dalam 14 Har

Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak JPBNS dalam satu kenyataan semalam

TERKINI : Tidak Perlu Isi EnterSarawak Sekiranya Tidak Mempunyai Sejarah Ke Luar Negara Dalam 14 Hari. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa rakyat Malaysia yang ingin memasuki Sarawak tidak lagi perlu memohon melalui EnterSarawak sekiranya mereka tidak mempunyai sejarah melancong ke luar negara dalam tempoh 14 hari.

Jelas pihak JPBNS berkenaan dengan tatacara kemasukan ke Sarawak, perkara ini turut dikenakan kepada rakyat bukan warganegara Malaysia yang telah berada di negara ini selama lebih dua minggu.

“Walau bagaimanapun, masih diwajibkan untuk mengisi borang Pengisytiharan Kesihatan (e-Health Declaration Form) bagi mereka yang memasuki Sarawak.”

TERKINI : Tidak Perlu Isi EnterSarawak Sekiranya Tidak Mempunyai Sejarah Ke Luar Negara Dalam 14 Hari
TERKINI : Tidak Perlu Isi EnterSarawak Sekiranya Tidak Mempunyai Sejarah Ke Luar Negara Dalam 14 Hari. Sumber gambar: FB Sarawak Disaster Information

Telah difahamkan bahawa keputusan dalam perkara ini bakal berkuatkuasa pada Jumaat ini (14 Januari 2022)

Namun, antara syarat lain untuk memasuki Sarawak ialah individu mesti diberi vaksin sepenuhnya dan status vaksinasi mereka telah diperiksa oleh pihak berkuasa di lapangan terbang.

Sebelum ini, pihak JPBNS telah umumkan bahawa kelonggaran prosedur kemasukan ke Sarawak hanya terpakai kepada rakyat Sarawak yang melancong ke negeri dalam Malaysia.

Selain itu, warga Sarawak dan pasangan yang bukan Sarawak, dan penjawat awam persekutuan dan pekerja sektor swasta yang bekerja di Sarawak juga turut dikecualikan daripada mengisi borang EnterSarawak.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Mahu Bercerai, Lelaki Ugut Bunuh Isteri Di Jalan Penrissen Terima Padah Tidak Mahu Bercerai, Lelaki Ugut Bunuh Isteri Di Jalan Penrissen Terima Padah
Next Article Demi Peroleh Ph.D, Guru Dari Sibu Ini Sanggup Ulang Alik Naik Pesawat Ke Semenanjung Setiap Minggu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?