KKM Arah Tutup Premis Makanan di Samarahan Selama 14 Hari
Tidak Patuh Standard Kebersihan, Kedai Makan Di Samarahan Diarah Tutup Oleh KKM. Sebuah premis makanan di Samarahan telah diarahkan untuk ditutup selama 14 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Premis makan yang merupakan salah satu lokasi digemari ramai berdekatan Aiman Mall 2, Samarahan.
Notis itu menyatakan bahawa premis tersebut diperintahkan untuk ditutup bermula 10 Mei 2024 jam 2.30 petang hingga 24 Mei 2024 atas alasan keadaan premis yang tidak bersih dan tidak disucikan keadaannya sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Tidak Patuh Standard Kebersihan, Kedai Makan Di Samarahan Diarah Tutup Oleh KKM
Arahan penutupan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983, di mana pegawai yang diberi kuasa oleh KKM berhak mengarahkan penutupan premis makanan jika didapati tidak mematuhi peraturan kebersihan dan keselamatan makanan.
Notis tersebut turut memaparkan cop rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa, mengesahkan arahan penutupan premis makanan itu berkuatkuasa serta merta.
Ini merupakan tindakan tegas KKM untuk memastikan premis makanan mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan demi melindungi kesihatan pengguna.
