• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Permohonan Baucer Kini Sudah Dibuka, AirAsia Terus Sokong Inisiatif FlySiswa

Oleh
Husna Hazmi
11 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Baucer FlySiswa sudah boleh di claim sekarang!

Permohonan Baucer Kini Sudah Dibuka, AirAsia Terus Sokong Inisiatif FlySiswa. AirAsia dengan bangganya terus menyokong inisiatif FLYsiswa yang menawarkan subsidi untuk tiket penerbangan domestik bagi pelajar universiti awam. Komitmen ini selari dengan pelaksanaan semula inisiatif tersebut oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Dengan berkembang pesatnya laluan AirAsia pada tahun ini termasuk laluan antara Pulau Pinang dan Kuching serta Pulau Pinang dan Kota Kinabalu pada bulan Mac, para pelajar kini mempunyai akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia. Rangkaian luas ini menghubungkan Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak, serta intra Sabah, Sarawak dan Labuan.

Permohonan Baucer Kini Sudah Dibuka, AirAsia Terus Sokong Inisiatif FlySiswa
Permohonan Baucer Kini Sudah Dibuka, AirAsia Terus Sokong Inisiatif FlySiswa. Sumber gambar: AirAsia

Proses permohonan e-baucar AirAsia

Proses permohonan e-baucar AirAsia boleh dibuat dengan beberapa langkah mudah dengan menekan butang ‘Tebus Sekarang’ di airasia.com/aa/flysiswa. Untuk proses penebusan, hanya masukkan nombor baucar pada halaman pembayaran untuk tempahan penerbangan.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Paul Caroll berkata bahawa pihak mereka berbesar hati untuk terus menyokong inisiatif FLYsiswa oleh kerajaan pada tahun ini.

Pada tahun 2023, AirAsia telah menerbangkan lebih 90 peratus daripada 24,730 pelajar ke kampung halaman mereka. Sejajar dengan slogan “Kini Sesiapapun Boleh Terbang” AirAsia memahami kepentingan sambungan rangkaian dengan tambang berpatutan terutamanya bagi para pelajar dan berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam memudahkan perjalanan mereka.

Permohonan Baucer Kini Sudah Dibuka, AirAsia Terus Sokong Inisiatif FlySiswa
Sumber gambar: AirAsia

Inisiatif ini hanya untuk:

Inisiatif ini hanya tersedia untuk semua pelajar pendidikan tinggi di universiti awam di Malaysia, termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Para pelajar digalakkan untuk memeriksa kelayakan mereka berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Semua pelajar yang layak berhak menerima baucar bernilai RM300.

Permohonan Baucer Kini Sudah Dibuka, AirAsia Terus Sokong Inisiatif FlySiswa
Sumber gambar: AirAsia

Pelajar yang tidak memenuhi kriteria boleh membuat rayuan kepada KPT atau KPM melalui institusi masing-masing. Baucar RM300 akan berfungsi sebagai kredit yang boleh digunakan untuk penebusan sehingga nilai subsidi tersebut habis digunakan sepenuhnya.

Inisiatif FLYsiswa kini dibuka untuk permohonan sehingga 30 November 2024. Para pelajar boleh menggunakan baucar mereka serta-merta selepas penebusan berjaya sehingga 31 Disember 2024 dengan tempoh perjalanan sehingga 31 Disember 2025.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

AirAsia Kini Buka Semula Laluan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu
AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Seoul Korea

SUMBER :AirAsia Newsroom
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akaun 3 KWSP Dilancarkan, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Akaun 3 KWSP Dilancarkan, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Tidak Patuh Standard Kebersihan, Kedai Makan Di Samarahan Diarah Tutup Oleh KKM Tidak Patuh Standard Kebersihan, Kedai Makan Di Samarahan Diarah Tutup Oleh KKM

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?