• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tidak Pernah Didaftarkan Sejak 2002, Yamaha RX-Z Ini Sedia Dijual Dengan Harga Mencecah RM120,000

Oleh
ILB - AI
12 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Harga jualan semula RX-Z terus melambung tinggi oleh seorang pengguna Facebook

Tidak Pernah Didaftarkan Sejak 2002, Yamaha RX-Z Ini Sedia Dijual Dengan Harga Mencecah RM120,000. Yamaha RX-Z mula diperkenalkan sejak tahun 1985 dan menjadi pilihan popular di kalangan golongan muda. Menurut laporan, model itu telah berada di pasaran selama 25 tahun dan telah dihentikan pada tahun 2010.

Bagaimanapun, model itu masih menjadi rebutan ramai sehingga kini. Sejak akhir-akhir ini, RX-Z sekali lagi menjadi fenomena menerusi penganjuran pelbagai acara yang diadakan.

Bukan itu sahaja, sumber mengatakan bahawa model itu turut menjadi saksi di mana terdapat pembeli sanggup tukar tanah lot demi mendapatkan Yamaha RX-Z. Bahkan, ada yang sanggup melepaskannya dengan harga mencecah RM70,000.

Seorang pengguna Facebook menjual RX-Z dengan harga yang tinggi pada tahun 2023 ini

Dalam pada itu, baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Muhammad Imran sedia melepaskan Yamaha RX-Z Catalyzer keluaran tahun 2002 dengan harga jualan semula yang melambung tinggi, iaitu RM120,000.

Yamaha RX-Z Ini Sedia Dijual Dengan Harga Mencecah RM120,000
Sumber: Facebook

Model RX-Z paling mahal ditawakan setakat ini

Yamaha RX-Z merah itu ditawarkan pada harga setanding kereta sedan dari Jepun, dikatakan mempunyai nilai yang tinggi kerana statusnya yang tidak berdaftar. Tawaran harga tinggi itu juga merupakan salah satu model RX-Z paling mahal yang pernah ditawarkan setakat ini.

Menerusi perkongsian itu, penjual tersebut turut menawarkan sebuah lagi model Yamaha RX-Z dengan pelbagai aksesori pada harga RM75,000 yang telah ‘dirisik’ oleh pembeli baharu. Bagi coverset untuk model itu pula ditawarkan dengan harga sekitar belasan ribu tinggit.

Yamaha RX-Z Ini Sedia Dijual Dengan Harga Mencecah RM120,000
Jualan RX-Z RM70,000. Sumber: imotorbike

Harga yang ditawarkan mungkin agak tinggi untuk bukan peminat RX-Z, tetapi bagi peminat yang mengidamkan model Yamaha RX-Z Catalyzer itu, mungkin akan membelinya tidak kira harga, asalkan dapat memiliki.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Gelagat Penunggang RXZ Miri Bike Week Disambut Polis Buat Netizen Terhibur
Tiket Coldplay Dijual Semula Pada Harga Tinggi Oleh ‘Scalper’, SKMM Akan Ambil Tindakan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sediakan Sajian Kampung Dalam Talam, Anda Perlu Cuba Makanan Menarik Di Subree Kopitiam Matang Ini
Next Article Dakwa Mak Mentua Kena Pukau, Wang Dan Barang Kemas Habis 'Disapu' Individu Di Kubah Kuching Dakwa Mak Mentua Kena Pukau, Wang Dan Barang Kemas Habis ‘Disapu’ Individu Di Kubah Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?