• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiga Blok Rumah Pekerja Musnah Terbakar Di Jalan Pujut 7 Miri

Oleh
Husna Hazmi
18 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kebakaran tersebut telah memusnahkan tiga blok rumah pekerja di Jalan Pujut 7, Miri.

Tiga Blok Rumah Pekerja Musnah Terbakar Di Jalan Pujut 7 Miri. Tiga blok rumah pekerja yang terdiri daripada 60 pintu musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Pujut 7 Miri pada hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong, sepasukan anggota terdiri daripada 10 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasir Razali telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 tengah hari tadi. 

Tiga Blok Rumah Pekerja Musnah Terbakar Di Jalan Pujut 7 Miri
Tiga Blok Rumah Pekerja Musnah Terbakar Di Jalan Pujut 7 Miri. Kredit gambar:UtusanBorneo

Tiga blok rumah pekerja, 60 pintu musnah 100 peratus

“Ketika sampai di tempat kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan struktur binaan sementara jenis tidak kekal tiga blok rumah pekerja, 60 pintu musnah 100 peratus. 

“Pasukan bomba membuat pemadaman dengan membentang hos 300 kaki dengan dua aliran dan empat pancutan air melalui pili bomba berdekatan yang dihubungkan ke jentera,” katanya dalam satu kenyataan media di sini. 

Law Poh Kiong berkata kebakaran tersebut berjaya dikawal daripada terus merebak kira-kira jam 2:07 petang. 

Jln maok g bli brg kt pujut 7 Tetiba da kebakaran pulak Rumah kongsi Semoga mangsa2 tabah dgn pa yg dh trjadi

Posted by Amy Hussein on Wednesday, February 17, 2021

Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa

Selain itu, beliau menambah bahawa kejadian kebakaran ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. 

“Dianggarkan 20 orang penghuni sahaja berada di tempat kejadian, dan mereka berjaya menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran,” ujarnya. 

Kredit: Utusan Borneo

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Punca Pergaduhan Hari Valentine Kini Dicari Oleh Pihak Polis dan KKM Untuk Jalani Ujian COVID-19 Wanita Punca Pergaduhan Hari Valentine Kini Dicari Oleh Pihak Polis dan KKM Untuk Jalani Ujian COVID-19
Next Article TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Pada Hari Ini, 200 Kes Positif Baharu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?