fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
18 Februari 2021
Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Rosmah berdepan tiga pertuduhan rasuah termasuk rasuah projek solar di Sarawak.

Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini telah memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas tiga pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

ADVERTISEMENT

Hakim Mohamed Zaini Mazlan telah mengeluarkan arahan tersebut pada Khamis setelah hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut.

Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri
Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri

Memberi keterangan secara bersumpah

Rosmah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

ArtikelBerkaitan

Aplikasi MySejahtera Kini Telah Dikemaskini Dengan Pendaftaran Vaksin COVID-19

Johor Bakal Jadi Negeri Pertama Uji ART, Sistem Pengangkutan Awam Yang Turut Dirancang Di Sarawak

ADVERTISEMENT

Pendakwaan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Rosmah diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh.

Hakim juga menetapkan sembilan hari untuk pembelaan iaitu pada 9, 10, 15, 16, 17, 22 dan 23 Jun serta 12 dan 15 Julai untuk kes tersebut selepas tarikh tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, Rosmah pada 15 Nov 2018 telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri

Meminta suapan untuk dirinya sendiri sebanyak RM187.5 juta

Bagi pertuduhan yang pertama, beliau didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri sebanyak RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas Pegawai Khasnya, Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perbuatan Rosmah itu didakwa dilakukan di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, antara Mac dan April 2016.

Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri

Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta

Bagi pertuduhan kedua pula, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di kediamannya di Jalan ‪Langgak ‪Duta, ‪Taman ‪Duta, pada 7 September 2017.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa pada 20 Disember 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kredit: Astro Awani

Lagi di sini:

SUMBER : Astro Awani
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy