I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan

Kedung BK 9 Jun 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan
Kongsi

Harga Tiket Penerbangan Naik 2,3 Kali Ganda Sehingga Tahun Depan

Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan. Industri penerbangan tidak dinafikan antara sektor paling terjejas teruk akibat pandemik yang melanda dunia awal tahun ini.

Selain terpaksa menghentikan kebanyakan pekerja mereka termasuk juruterbang, kru kabin malah kakitangan darat, kini para syarikat penerbangan sedang dalam proses pulih dengan menandakan tiket penerbangan mereka jauh lebih tinggi daripada biasa.

Walaupun masyarakat memahami keadaan, kebanyakan daripada mereka tidak berpuas hati dengan harga tiket yang telah dinaikkan dua hingga tiga kali ganda dan berpendapat harga terbabit terlalu mahal. Yang lagi menghampakan adalah harga-harga baharu ini akan kekal sehingga tahun depan.

Seorang pengguna Twitter ini meluahkan kekecewaan terhadap harga baharu ini kerana berpendapat ia tidak adil bagi mereka yang perlu merantau atas sebab kerja atau alasan peribadi.

Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan
Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan

“A bit too much?”

Menurut Hafeez, beliau berkata mereka faham syarikat penerbangan kini dalam proses pemulihan untuk menampung kerugian sejak tiga bulan terakhir tetapi untuk menaikkan harga tiket ke jumlah yang tak masuk akal sudah melampau.

MAS and AirAsia, I truly understand your needs to cover the loss of your business for the past 3months but to double & triple your air tickets until next year is a bit too much, don’t you think?

β€” π–π–†π–‹π–Šπ–Šπ–Ÿ (@hafeezpen) June 8, 2020

Terdapat juga orang yang bersetuju dengan pendapat beliau, dimana mereka membandingkan harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak seolah-olah harga tiket pergi ke Jepun.

Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan
Kredit: Twitter

Untuk pengetahuan anda, AirAsia kini mengecas mulai dari RM1,664 dari Kuala Lumpur ke Kuching, RM1,544 ke Miri dan RM1,842 ke Bintulu.

Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan
Cas untuk pergi ke Sarawak dari Kuala Lumpur via AirAsia.

Manakala, MAS mengecas dari RM885 dari Kuala Lumpur ke Kuching, RM933 ke Miri, RM1,842 ke Bintulu dan RM1,612 ke Mukah. Setakat ini, MAS belum memaklumkan berapa cas untuk pergi ke Sibu dari Kuala Lumpur.

Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan
Cas untuk pergi ke Sarawak dari Kuala Lumpur via MAS.

“It’s business, not a charity.”

Terdapat juga yang berpendapat syarikat penerbangan harus membuat demikian untuk menampung kerugian, after all it’s a business not a charity. Walaupun bersetuju dengan keperluan syarikat penerbangan untuk menampung kerugian, Hafeez tetap dengan pendirian beliau iaitu ia tidak adil untuk mark up harga tiket penerbangan sehingga melampau sangat.

Malah, beliau berkata beliau sanggup membayar lebih dari biasa tetapi ia tidak berbaloi untuk membayar sehingga seribu lebih, lagi-lagi harga terbabit akan kekal sehingga tahun depan.

Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan
Kredit: Twitter

Tambah lagi seorang pengguna Twitter @ferfarfer, mereka yang mempunyai ahli keluarga yang perlu ke Sabah dan Sarawak untuk urusan kerja terjejas juga. Sudah lah kewangan terjejas, cas baharu itu tidak sensitif terhadap mereka yang tidak mampu untuk sentiasa bayar beribu.

Seorang lagi berkata nasib orang tak sama kerana ada juga kemungkinan dibuang kerja semasa PKP dan tidak mampu untuk balik.

Kredit: Twitter

“Guna ruang udara Singapura.”

Salah satu pengguna Twitter menjawab persoalan mengapa harga tiket ke Sabah dan Sarawak dari Semenanjung naik adalah kerana pesawat akan lalui ruang udara Singapura.

Kredit: Twitter

Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Komen dan jangan lupa share.

Bagi mereka yang tengah menghadapi masalah ini, semoga anda dipermudahkan urusan.

Sebagusnya anda kekal di tempat anda dahulu sebelum memutus untuk kembali ke negeri, at least until ada inisiatif baharu yang boleh memudahkan anda.

Lebih lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesakit Terakhir Telah Sembuh, New Zealand Kini Sifar Kes COVID-19
Next Article Syukur, Akhirnya Sarawak Kini Benarkan Perjalanan Rentas Daerah Bermula Esok Hari

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?