• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Syukur, Akhirnya Sarawak Kini Benarkan Perjalanan Rentas Daerah Bermula Esok Hari

Oleh
Ismail NA
9 Jun 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Kebenaran Tersebut Berkuatkuasa Bermula Hari Esok

Akhirnya, hari ini rakyat Sarawak sudah boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Sarawak memberi kelonggaran untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

Perkara tersebut diumumkan semasa sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini.

Penantian yang sudah lama diimpikan oleh rakyat Sarawak ini tentunya memudahkan lagi urusan penting terutamanya individu yang perlu kembali melapor diri ke stesen bertugas masing-masing.

Pembukaan sempadan daerah ini juga menandakan bahawa rakyat kini tidak perlu berbaris untuk mendapatkan permit dari balai polis yang berdekatan bermula daripada 10 Jun 2020.

Penduduk Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan juga akan dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa perlu memohon permit daripada pihak polis. Ini bermakna warganegara Malaysia kini bebas untuk rentas negeri dan daerah di Sarawak berkuatkuasa 10 Jun 2020.

Namun begitu, mereka akan diwajibkan untuk mengisi borang deklarasi kesihatan dan juga muat turun aplikasi mySejahtera. Pengambilan sampel PCR secara rambang setelah tiba di pintu masuk utama negeri (udara, darat dan laut ) juga akan diadakan.

Selain itu, semua rakyat Sarawak yang balik dari luar negara akan dikuarantinkan wajib selama 14 hari di hotel dan akan diambil sampel COVID-19 pada hari ke 10, sama juga seperti warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh sebulan yang lepas.

Sidang media harian Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak turut memaklumkan mulai 10 Jun 2020, perhimpunan awam akan dibenarkan dengan kapasiti maksimum 100 orang dan mereka diwajibkan untuk mematuhi SOP seperti penjarakan sosial dan juga memastikan kebersihan diri yang tinggi.

Dalam pada itu juga, difahamkan juga semua aktiviti yang dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sarawak akan berkuatkuasa mulai 17 Jun 2020.

Ini adalah untuk membolehkan Kementerian dan agensi agensi yang terbabit untuk memperhalusi SOP yang sedia ada dan menyesuikannya dengan Negeri Sarawak

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu bahawa terdapat 1 kes positif hari ini melibatkan kes seorang warga indonesia yang merupakan kes kontak rapat kepada kes yang dilaporkan positif pada 7 Jun yang lepas.

Active Case Detection juga akan dilakukan di kawasan tapak pembinaan di Jalan Keretapi dan juga kawasan tempat tinggal mereka di Sungai Moyan, Kuching. JPBN juga memaklumkan mereka akan mengambil tindakan tegas kepada majikan yang menyeludup masuk warganegara asing ke Sarawak.

Maknanya, anda kini boleh melawat semula tempat-tempat menarik yang ada di Sarawak.

Bukan itu sahaja, dengan melawat tempat-tempat ini, sekurang-kurangnya anda boleh menyumbang kepada ekonomi masyarakat tempatan.

Untuk mengetahui senarai tempat menarik di Sarawak, baca artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan Tiket Penerbangan Domestik Mahal Macam Pergi Jepun, Netizen Luah Kekecewaan
Next Article Tiada Lagi Penjarakan Sosial Dalam Pesawat, Harga Tambang Dijangka Turun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?