Meriah betul suasana di Asajaya!
‘Tok Nang Next Level’, Kampung Serpan Laut Meriah Dengan Lampu Lip Lap Buat Netizen Teruja. Kampung Serpan Laut di Asajaya kini menjadi tumpuan ramai apabila penduduknya menghias jalan kampung mereka dengan lampu lip lap yang sungguh memukau.
Baru-baru ini telah tular di laman sosial, apabila satu kongsian video yang memaparkan suasana di sebuah kampung di daerah Asajaya ini dalam keadaan yang sangat meriah.
Penduduk kerjasama untuk hias jalan di Kampung Serpan Laut
Apa yang menarik perhatian netizen apabila di sepanjang jalan masuk Kampung Serpan Laut ini dihiasi dengan lampu raya atau lebih familiar iaitu lampu lip lap.
Ramai yang terpukau dengan keindahan jalan kampung yang dipenuhi dengan ribuan lampu lip lap berwarna-warni yang tersusun rapi. Memang tak sabar untuk menjemput bulan syawal nanti.
Penduduk juga kongsikan video suasana di kampung mereka baru-baru ini
Setiap sudut jalan kampung turut dihiasi dengan kreativiti dan inovasi yang unik dan menarik. Dalam video tersebut dapat lihat sepanjang jalan di Kampung Serpan Laut ini berbumbungkan lampu lip lap.
Kongsian video tersebut membuatkan netizen turut merasa teruja lihat keindahan dan kerjasama penduduk di kampung tersebut untuk menghiasi kampung mereka.
