• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tonton Trailer Edge Of The World, Filem Hollywood Rajah Brooke Yang Dirakam 100% Di Sarawak

Oleh
Ismail NA
18 Mac 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Wah! Dah keluar trailernya.

Tonton Trailer Edge Of The World, Filem Hollywood Rajah Brooke Yang Dirakam 100% Di Sarawak. Filem Hollywood yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak kini semakin hampir untuk ditayangkan. Mana tidaknya, filem Hollywood ini bukan sahaja menceritakan Rajah Brooke yang menjadi sebahagian besar sejarah Sarawak tetapi juga ia turut menampilkan lokasi dan destinasi di Sarawak sebagai lokasi penggambarannya.

Isi Isi Penting
  • Wah! Dah keluar trailernya.
  • Kisah tentang pelayaran Rajah Brooke sehingga ke Pulau Borneo
  • Inspirasi dari novel epik klasik
  • Tayangan di wayang Malaysia sekitar lewat tahun ini
  • Untuk bacaan lebih lanjut tentang filem Rajah Brooke, baca juga artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Melalui hantaran di laman Facebook Digital Spy, filem Rajah Brooke yang dinamakan semula sebagai Edge Of The World ini telah mengeluarkan trailer rasminya yang berdurasi 2.09 minit. Daripada trailer ini sahaja, anda sudah dapat melihat kehijauan dan keindahan bumi Sarawak berserta lakonan kebanyakan pelakon yang rata-ratanya berasal dari Sarawak di samping pelakon utama, Jonathan Rhys Meyer (bintang drama Vikings). Fuh!

Jonathan Rhys Meyers, Dominic Monaghan and Ralph Ineson star in #EdgeOfTheWorld, a new swashbuckling adventure based on…

Posted by Digital Spy on Monday, March 15, 2021

Kisah tentang pelayaran Rajah Brooke sehingga ke Pulau Borneo

Filem ini mengisahkan tentang seorang pelayar British pada tahun 1800 iaitu Brooke (Jonathan Rhys Meyer) yang mengembara sehingga ke suatu kawasan yang sangat jauh di dunia dan akhirnya tiba di Kepulauan Borneo dan membantu pemerintah Borneo pada masa itu untuk menentang kebangkitan penduduk asal yang di Pulau Borneo iaitu di Sarawak. Dari situ, beliau menghadapi pelbagai konflik dan cabaran untuk menamatkan pemberontakan yang berlaku di Sarawak bersama-sama rakan layarnya, Kolonel Arthur Crookshank (Dominic Monaghan).

Namun, perkara pertama yang menarik perhatian Brooke sejurus sahaja tiba ke Sarawak di Kepulauan Borneo adalah bumi ini merupakan sebuah kawasan hijau yang indah, dan kaya dengan budaya masyarakat setempat terutamanya kaum Melayu dan Iban yang turut dimasukkan dalam filem Hollywood ini.

Tonton Trailer Edge Of The World, Filem Hollywood Rajah Brooke Yang Dirakam 100% Di Sarawak
Tonton Trailer Edge Of The World, Filem Hollywood Rajah Brooke Yang Dirakam 100% Di Sarawak
Sumber : FB Digital Spy
Tonton Trailer Edge Of The World, Filem Hollywood Rajah Brooke Yang Dirakam 100% Di Sarawak
Sumber : FB Digital Spy
Tonton Trailer Edge Of The World, Filem Hollywood Rajah Brooke Yang Dirakam 100% Di Sarawak
Sumber : FB Digital Spy

Inspirasi dari novel epik klasik

Setelah berteka teki selama setahun, akhirnya trailer perdana ini telah dikeluarkan secara rasmi pada 17 Mac 2021 dan negara United Kingdom merupakan antara negara pertama yang bakal menyaksikan filem bersejarah ini selain Malaysia. Filem ini akan dapat ditonton melalui platform digital pada 21 Jun 2021 kelak.

Filem biopik sejarah James Brooke ini diinspirasikan daripada novel klasik ‘Lord Jim’, ‘Apocalypse Now’ dan ‘The Man Who Would Be King’.

Tonton Trailer Edge Of The World, Filem Hollywood Rajah Brooke Yang Dirakam 100% Di Sarawak
Sumber : The Borneo Post

Tayangan di wayang Malaysia sekitar lewat tahun ini

Menurut penerbit filem ini, Rob Allyn, pengedar utama di British, Signature bakal menayangkan filem ini di pelbagai saluran digital mulai 21 Jun meskipun dalam suasana pandemik yang menghalang pembukaan panggung wayang buat masa ini. Untuk tayangan di Amerika Syarikat pula, syarikat pengeluar Samuel Goldwyn Films akan menayangkan filem ini pada 4 Jun di panggung wayang negara tersebut serta platform lain seperti iTunes, Amazon, dan sebagainya.

Tambah Rob lagi, pihaknya kini sedang berunding dengan pengedar di Malaysia untuk tarikh tayangan yang sesuai dan saluran tayangan yang dicadangkan untuk ditayangkan di panggung wayang dan platform digital pada suku ketiga tahun ini. Keputusan tayangan ini juga tertakluk kepada keadaan pandemik semasa dan pembukaan panggung wayang di Malaysia.

Untuk bacaan lebih lanjut tentang filem Rajah Brooke, baca juga artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Kini Membenarkan Hidangan Bufet Di Semua Hotel Dan Rumah Penginapan
Next Article Golongan B40 Yang Menjalani Kuarantin Di Rumah Layak Menerima RM50 Sehari Selama 14 Hari

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?