• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu

Oleh
Nazihah AN
7 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu

Telinga panjang, satu ciri aset kecantikan wanita-wanita yang berbangsa Orang Ulu.

Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu. Pada suatu masa dahulu, telinga panjang merupakan satu ciri yang dianggap sebagai aset kecantikan bagi wanita-wanita yang berbangsa Orang Ulu.

Kebiasaannya, ada salah tanggapan bahawa bangsa Orang Ulu adalah satu bangsa tetapi ini salah. Malah, Orang Ulu merupakan umbrella term untuk menyatukan suku-suku kaum pendalaman yang mendiami di bahagian hulu sungai serta di kawasan tanah tinggi negeri Sarawak.

Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Kredit foto: NSTP

Siapakah bangsa Orang Ulu ini?

Antara kumpulan utama Orang Ulu ialah Kayan dan Kenyah, Kajang, serta Northern Highlanders (Lun Bawang dan Kelabit). Dalam kumpulan utama ini juga adanya pecahan yang masing-masing terdiri daripada etnik rare seperti kaum Bisaya, Penan, dengan 4 lagi kumpulan minor iaitu kaum Bekitan, Bhuket, Lisun serta Punan Busang.

Fuhhh! Banyak juak etnik dalam golongan Orang Ulu tok! So persoalan dia sekarang, kenapa kaum-kaum ini mengamalkan tradisi telinga panjang?

Simbol Kecantikan dan Status

Bagi wanita Orang Ulu, telinga panjang merupakan simbol kecantikan. Semakin panjang cuping telinga, semakin terserlah kecantikan mereka. Justeru, mereka bijak memilih bentuk tembaga yang sesuai dan sepadan dengan bentuk muka masing-masing. Menurut penduduk dahulu, telinga panjang yang cantik mestilah melebihi paras bahu sehingga mencecah pangkal dada. Walau bagaimanapun, telinga yang setakat pangkal dada dikatakan paling standard dan cantik dipandang mata.

Selain itu, dengan adanya telinga panjang, mereka berpeluang besar untuk mendapatkan perhatian daripada bakal suami dan keluarga mentua.

Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu. Wanita Kaum Kelabit

Bagi kaum Kayan, telinga panjang menunjukkan kedudukan kelas dalam masyarakat mereka.

Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu. Wanita Kaum Kayan

Beauty is Pain

Proses memanjangkan telinga mengambil masa bertahun-tahun. Ibu bapa mula menindik telinga bayi mereka setelah berumur sekurang-kurangnya satu bulan. Cincin logam berat, biasanya diperbuat dari emas atau tembaga, diigunakan untuk memanjangkan telinga. Seelok-eloknya buah tembaga yang digunakan sejak bayi perlu bersesuaian agar cuping telinga lebih cepat meregang dan memanjang.

Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu

Malangnya, tidak semua wanita Orang Ulu bernasib baik untuk memanjangkan telinga mereka. Menurut sumber, wanita bercuping telinga tebal dan besar lebih senang memiliki telinga panjang berbanding mereka yang memiliki cuping telinga kecil dan nipis. Ramai gadis pada masa dahulu berebut untuk mendapatkan telinga panjang yang ideal tetapi ada yang memiliki telinga panjang yang senget dan juga ada yang terputus dan perlu disambung. Keadaan ini membuktikan tidak semua wanita Orang Ulu boleh memiliki telinga panjang ini melainkan hanya mereka yang bertuah.

Sebuah Identiti Yang Unik

Telinga panjang ini telah menjadikan identiti penting bagi masyarakat Orang Ulu. Ia adalah salah satu cara untuk memperkenalkan etnik mereka kepada masyarakat luar serta menunjukkan keunikkan budaya mereka yang lama telah diamalkan.

Sik banyak gik sida amalkan tradisi tok, jadi hargai lah tradisi ini selagi ia masih ada, melainkan ada siapa-siapa yang teringin nak menyambungkan tradisi ini.

Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Full On Orang Ulu Woman Energy

Baca lagi artikel menarik tentang Orang Ulu di sini:

Ini Sebab Menarik Mengapa Wanita Orang Ulu Zaman Dulu Penuh Bertatu
Ini Kisah Bagaimana Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik Suatu Masa Dahulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TYT Sarawak Dan Isteri Bakal Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di BCCK TYT Sarawak Dan Isteri Bakal Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di BCCK
Next Article Fasa Pertama Laluan ART Rembus Dijangka Siap Hujung Tahun 2025 Ini Fasa Pertama Laluan ART Rembus Dijangka Siap Hujung Tahun 2025 Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?